Gunakan iCloud dengan Keynote

iCloud menyimpan persembahan anda dan memastikannya dikemas kini merentas peranti iOS anda, web dan komputer anda. Anda sentiasa mempunyai versi terkini, tidak kira peranti yang anda gunakan untuk membuat pengeditan terkini anda. Dengan OS X Yosemite, anda menggunakan iCloud Drive untuk mengakses persembahan anda dalam iCloud.

Jika anda menggunakan versi lama Keynote dan OS X pada komputer lain atau belum menaik taraf peranti iOS anda kepada iOS 8, penyelarasan tidak akan berfungsi dalam semua kes. Anda mesti menggunakan iCloud Drive untuk perkongsian dan penyelarasan lancar persembahan. Lihat Artikel Sokongan Apple ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sediakan Keynote untuk menggunakan iCloud

  1. Buka Keutamaan Sistem pada Mac anda, kemudian klik iCloud.

  2. Daftar masuk menggunakan Apple ID anda atau minta Apple ID baru dan kemudian daftar masuk.

  3. Pilih kotak semak iCloud Drive, kemudian klik Pilihan.

  4. Pilih kotak semak Keynote, kemudian klik Selesai.

Petua untuk menguruskan persembahan merentas peranti

Di bawah ini ialah beberapa perkara yang elok diingati tentang menggunakan iCloud untuk menguruskan persembahan anda merentas peranti:

  • Jika anda mengedit dan kemudian menutup persembahan apabila anda tidak disambungkan ke Internet, anda melihat “Menyelaras” di bawah imej kecil persembahan dalam dialog Buka pada Mac anda. Pada kali seterusnya anda bersambung ke Internet, persembahan yang diedit akan disimpan dalam iCloud.

  • Jika anda mengedit persembahan pada lebih daripada satu komputer atau peranti sebelum pengeditan anda disimpan, anda akan menghadapi konflik. Pastikan aplikasi mempunyai masa untuk menyimpan perubahan anda ke iCloud sebelum mengedit persembahan yang sama pada peranti lain Jika anda menghadapi konflik, anda boleh memilih untuk mengekalkan sebarang atau semua persembahan yang anda edit.

  • Sebelum anda boleh berkongsi persembahan dalam iCloud, anda perlu menyimpan atau mengalihkan persembahan ke iCloud.

  • Jika anda memadamkan persembahan, ia dipadamkan daripada iCloud dan daripada Keynote pada semua peranti anda.

  • Jika anda menggunakan folder untuk menyusun persembahan anda, susunan folder yang sama digunakan pada semua peranti anda.

  • Jika anda menambah kata laluan pada persembahan pada satu peranti, kata laluan diperlukan untuk membuka persembahan pada semua peranti anda.

Selain Keynote pada Mac, iPad dan iPhone atau iPod touch anda, anda boleh menggunakan Keynote untuk iCloud beta di web. Keynote untuk iCloud beta ialah aplikasi web yang boleh anda gunakan untuk mencipta dan mengedit persembahan Keynote menggunakan pelayar web yang disokong dari Mac atau komputer Windows. Anda boleh mengaksesnya dengan melog masuk ke akaun anda di iCloud.com.

Persembahan yang anda cipta menggunakan Keynote untuk iCloud beta tersedia secara automatik dalam Keynote pada Mac atau peranti iOS anda yang disediakan untuk menggunakan iCloud—dan sebaliknya: Jika anda mencipta Persembahan menggunakan Keynote pada peranti iOS atau Mac, persembahan muncul secara automatik di web dalam Keynote untuk iCloud beta. Lihat Bantuan Keynote untuk iCloud beta untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk menggunakan Keynote untuk iCloud beta, anda perlu menaik taraf akaun iCloud anda bagi menggunakan iCloud Drive.