Hantar salinan persembahan

Anda boleh menghantar salinan persembahan yang boleh dibuka oleh penerima dan mengubah suai mengikut pilihan mereka pada komputer dan peranti mereka sendiri. Perubahan mereka tidak akan mempengaruhi persembahan asal atau sebarang salinan persembahan.

Jika penerima persembahan menggunakan perisian yang lain daripada anda, anda boleh memilih format lain untuk salinan yang anda hantar. Contohnya, anda boleh menghantar salinan sebagai PDF, persembahan Microsoft PowerPoint (.pptx dan .ppt) dan banyak lagi.

Anda boleh menghantar persembahan anda dalam pelbagai cara, termasuk Mail, Mesej atau dalam tweet atau siaran ke tapak media sosial.

Hantar salinan

Jika anda mahu mengehadkan akses kepada salinan, anda boleh menambah kata laluan. Untuk menghalang pengguna lain mengubah suainya, anda boleh menguncinya.

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat (atau Butang menu kongsi jika persembahan dikongsi dengan pengguna lain dalam iCloud), pilih Hantar Salinan, kemudian pilih kaedah penghantaran.

  2. Pilih format persembahan, kemudian tentukan seting untuk format.

    Pilihan anda bergatung pada kaedah yang anda pilih untuk menghantar. Beberapa jenis fail menawarkan pilihan untuk kualiti imej, pilihan format atau kata laluan.

  3. Klik Seterusnya.

  4. Beri sebarang maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel jika anda menghantar e-mel).

    Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun anda untuk kaedah yang anda gunakan, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan. Untuk AirDrop, penerima mesti menerima persembahan anda sebelum ia dihantar.