Kongsi dan edit persembahan bersama orang lain

Jika anda menyimpan persembahan anda di iCloud, anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan berkongsi pautan ke persembahan anda di pelayar yang disokong pada komputer Mac atau Windows.

Nota: Untuk berkongsi persembahan dalam iCloud, anda perlu menaik taraf akaun iCloud anda bagi menggunakan iCloud Drive. Pastikan Mac anda disediakan untuk menggunakan iCloud dan mempunyaiOS X Yosemite dan versi terkini Keynote dipasang.

Kongsi persembahan dengan kolaborator

Jika persembahan disimpan ke iCloud, anda boleh berkongsi pautan kepadanya melalui Mail, Mesej dan AirDrop. Anda juga boleh berkongsi pautan menggunakan Twitter, Facebook dan perkhidmatan lain. Untuk berkongsi salah satu perkhidmatan ini, anda mesti menyediakan akaun tersebut pada Mac anda. Pergi ke Keutamaan Sistem, kemudian klik Akaun Internet. Anda juga boleh menyalin dan menampal pautan ke dalam perkhidmatan pilihan anda.

  1. Klik Butang Kongsi dalam bar alat.

  2. Klik Lihat Seting Perkongsian, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan keizinan: Jika anda mahukan penerima pautan berupaya mengedit persembahan, klik menu timbul Kebenaran, kemudian pilih Benarkan Pengeditan. Jika anda mahu penerima berupaya membaca, tetapi bukan mengedit persembahan, pilih Lihat Sahaja.

    • Setkan kata laluan: Untuk memerlukan penerima pautan memasukkan kata laluan bagi membuka persembahan, klik Tambah Kata Laluan. Masukkan maklumat kata laluan yang diminta, kemudian klik Setkan Kata Laluan. Untuk keselamatan tambahan, jangan hantar kata laluan dalam komunikasi yang sama bagi pautan persembahan.

      Nota: Jika persembahan telah mempunyai kata laluan, anda akan nampak butang Tukar Kata Laluan. Kata laluan sedia ada digunakan pada persembahan apabila anda berkongsinya; anda tidak perlu menukarnya melainkan anda mahu.

  3. Klik Kongsi Persembahan.

    Jika anda masih belum mengalihkan persembahan anda ke iCloud, anda boleh berbuat demikian dalam dialog yang muncul.

  4. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih cara anda mahu menghantarnya.

    Untuk pilihan lanjutan, klik Lagi di bahagian bawah menu, kemudian pilih kotak semak bersebelahan sambungan untuk menambahnya pada menu.

  5. Masukkan maklumat yang diminta, kemudian hantar atau siarkan mesej.

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkannya atau mengubahsuainya.

Sebarang pengeditan lanjutan yang anda buat pada persembahan selepas anda mengongsinya akan kelihatan kepada penerima pautan.

Anda juga boleh menyalin pautan ke persembahan anda dan kemudian berkongsi pautan dengan menampalnya dalam e-mel, menyiarkannya di Twitter atau Facebook dan banyak lagi.

Tambah atau tukar kata laluan untuk persembahan dikongsi

Persembahan hanya mempunyai satu kata laluan. Jika anda telah menambah kata laluan pada persembahan anda, kata laluan tersebut digunakan apabila anda berkongsi pautan ke persembahan.

Jika persembahan telah dikongsi, anda masih boleh menambah kata laluan. Kolaborator kehilangan akses kepada persembahan sehingga anda memaklumkan mereka mengenai kata laluan baru.

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik Tambah Kata Laluan, kemudian masukkan kata laluan dalam medan Kata Laluan.

    Jika persembahan anda telah mempunyai kata laluan, anda boleh menyimpan kata laluan atau mengklik Tukar Kata Laluan untuk menukarnya. Masukkan kata laluan asal dalam medan Kata Laluan Lama, kemudian masukkan kata laluan baru. Kata laluan lama digantikan dengan yang baru.

  3. Masukkan kata laluan sekali lagi dalam medan Sahkan.

  4. Masukkan petunjuk untuk mengingatkan anda mengenai kata laluan jika anda terlupa mengenainya.

  5. Pilih kotak semak jika anda mahu menambah kata laluan pada rantai kunci anda.

  6. Klik Setkan Kata Laluan.

    Kata laluan digunakan.

  7. Klik tutup.

    Anda boleh menghantar pautan sekali lagi jika anda mahukan, namun adalah lebih selamat untuk menghantar kata laluan baru kepada kolaborator dalam komunikasi berasingan.

Sebarang pengeditan lanjutan yang anda buat pada persembahan selepas anda berkongsinya akan kelihatan kepada penerima pautan apabila mereka memasukkan kata laluan baru.

Tukar keizinan untuk persembahan yang dikongsi

Anda boleh menukar sama ada persembahan boleh diedit atau dilihat sahaja oleh pengguna lain yang anda berkongsi.

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik menu timbul Kebenaran, kemudian pilih Lihat Sahaja atau Benarkan Pengeditan.

  3. Klik tutup.

Hantar semula pautan persembahan

Anda boleh berkongsi pautan persembahan seberapa banyak kali anda inginkan.

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik Hantar Pautan, kemudian pilih cara anda mahu menghantarnya.

    Untuk pilihan lanjutan, klik Lagi di bahagian bawah menu, kemudian pilih kotak semak bersebelahan sambungan untuk menambahnya pada menu.

  3. Masukkan maklumat yang diminta, kemudian hantar atau siarkan mesej.

    Pautan penuh muncul dalam kandungan e-mel, tweet atau siaran—pastikan anda tidak memadamkan atau mengubahsuai pautan.

Salin dan tampal pautan persembahan

Anda boleh menyalin pautan ke persembahan anda dengan cepat dan kemudian berkongsi pautan dengan menampalnya ke dalam e-mel atau mesej atau menyiarkannya ke tapak web.

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat, pilih Kongsi Pautan melalui iCloud, kemudian pilih Salin Pautan.

  2. Klik di tempat yang anda mahu pautan tersebut muncul, kemudian pilih Edit > Tampal (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).

Nyahaktifkan perkongsian iCloud untuk persembahan

  1. Klik Butang menu kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Lihat Seting Perkongsian.

  2. Klik Berhenti Berkongsi.

Persembahan mengekalkan pautannya, jari jika anda mengaktifkan semula perkongsian, pautan menjadi aktif sekali lagu.