Cipta persembahan baru

Setiap persembahan Keynote baru bermula dengan tema. Tema ialah set elemen yang telah direka bentuk—teks dan imej ruang letak, fon, tataletak, warna berkoordinasi dan seterusnya—untuk mencipta persembahan. Ruang letak memberi anda idea mengenai rupa persembahan yang dicipta dengan tema ini apabila anda menggunakan gaya teks dan objeknya.

Cipta persembahan baru

  1. Buka Keynote, kemudian klik Dokumen Baru di bahagian bawah dialog.

    Jika anda tidak nampak dialog dengan butang Dokumen Baru, pilih Fail > Baru (dari menu Fail di bahagian atas skrin anda).

  2. Dwiklik tema untuk persembahan anda.

    Petua: Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Keynote untuk sentiasa membuka persembahan baru dalam tema tertentu.

    Pemilih tema
  3. Apabila persembahan baru terbuka, lakukan mana-mana daripada berikut untuk membina persembahan anda:

    • Klik Butang Tambah slaid dalam bar alat untuk menambah slaid.

    • Dwiklik teks ruang letak dan taip teks anda sendiri.

    • Seret imej dari Mac anda atau halaman web ke imej ruang letak atau mana-mana pada slaid.

    • Klik Butang ruang letak di penjuru kanan bawah imej ruang letak untuk menambah imej daripada iPhoto atau Aperture.

  4. Pilih Fail > Simpan, kemudian masukkan nama dan pilih lokasi untuk persembahan anda.

Sentiasa cipta persembahan baru daripada tema khusus

Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Keynote untuk sentiasa membuka persembahan baru dalam tema tertentu berbanding daripada pemilih tema.

  1. Pilih Keynote > Keutamaan (dari menu Keynote di bahagian atas skrin anda).

  2. Klik Umum di bahagian atas tetingkap keutamaan, kemudian pilih butang “Gunakan tema”.

    Pada kali pertama anda mengesetkan keutamaan ini, tema Hitam dipilih. Jika anda menukar seting ini sebelum ini, tema terakhir yang anda pilih akan dipilih.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Gunakan tema yang dipilih pada masa ini: Sahkan bahawa tema yang anda mahu gunakan ditunjukkan selepas “Gunakan tema” dan tutup tetingkap keutamaan.

    • Pilih tema lain: Klik butang Tukar Tema, klik tema, klik Pilih, kemudian tutup tetingkap keutamaan.

Selepas keutamaan ini disetkan, jika anda mahu membuka persembahan baru dengan templat lain, tahan kekunci Option, kemudian pilih Fail > Baru daripada Pemilih Tempa (dari menu Fail di bahagian atas skrin anda).