Tambah dan edit slaid induk

Tataletak slaid yang digunakan dalam setiap tema Keynote adalah berdasarkan slaid induk. Apabila anda mahu menambah slaid yang mempunyai elemen tertentu pada persembahan anda—seperti tajuk dan tajuk kecil, senarai berbulet atau imej—anda memilih tataletak slaid yang paling hampir dengan tataletak yang anda mahukan, kemudian anda menggantikan elemen ruang letak dan buat perubahan lain bila perlu. Hanya slaid dalam persembahan anda ditukar; slaid induk kekal dalam keadaan asalnya.

Jika anda menambah imej, teks baru dan objek lain pada induk, objek ini menjadi sebahagian daripada latar belakang slaid dan tidak dapat diedit dalam persembahan anda. Jika anda mahukan teks, bentuk atau imej boleh diedit dalam persembahan anda, anda mesti menambahnya sebagai ruang letak pada slaid induk.

Anda boleh membuat perubahan pada slaid induk seperti yang anda lakukan pada slaid biasa—termasuk mengubahsuai rupa teks, menukar latar belakang slaid dan menukar saiz imej. Apabila anda melakukannya, perubahan muncul pada setiap slaid dalam persembahan yang berdasarkan pada induk tersebut.

Mod edit slaid induk

Tambah slaid induk

  1. Klik Paparan Butang Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Klik Butang Tambah slaid dalam bar alat, kemudian pilih slaid induk.

    • Dalam penavigasi slaid, pilih slaid dengan tataletak yang serupa dengan tataletak yang anda mahukan dan tekan Return.

  3. Dwiklik nama slaid induk dalam penavigasi slaid dan taipkan nama baru.

  4. Ubah suai slaid mengikut keinginan anda dengan menambah teks, imej, bentuk, ruang letak atau objek lain.

    Jika anda mahukan objek pada slaid induk untuk bertindan dengan objek yang anda tambah pada slaid berdasarkan induk tersebut, pilih "Benarkan objek pada slaid untuk bertindan dengan induk” dalam bar sisi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lapisan, lihat Tindan, himpunkan dan kunci objek. (Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai kotak semak "Benarkan objek pada slaid untuk bertindan dengan induk", klik Butang Format dalam bar alat.)

  5. Klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan Butang Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk apabila anda selesai mengedit.

Tambah ruang letak teks, imej dan bentuk

  1. Klik Paparan Butang Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.

  2. Pilih slaid induk yang anda mahu edit.

  3. Tambah kotak teks, imej, video atau bentuk pada slaid, tukar rupanya mengikut keinginan anda, kemudian letakkannya di tempat anda mahu ia muncul pada slaid induk.

  4. Pilih kotak teks, imej, video atau bentuk, kemudian berhampiran bahagian bawah bar sisi, pilih Tentukan sebagai Ruang Letak Teks (untuk kotak teks atau bentuk) atau Tentukan sebagai Ruang Letak Media (untuk imej atau video).

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai kotak semak Tentukan sebagai Ruang Letak, klik Butang Format dalam bar alat.

  5. Klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan Butang Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk apabila anda selesai mengedit.

Tambah ruang letak objek untuk jadual dan carta

Untuk mencipta ruang letak pada slaid induk untuk jadual dan carta, tambah ruang letak objek. Pada sebarang slaid berdasarkan pada induk, anda boleh menambah jadual atau carta dan jadual atau carta akan mengambil saiz dan kedudukan ruang letak objek.

  1. Klik Paparan Butang Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.

  2. Pilih slaid induk yang anda mahu edit.

  3. Pilih kotak semak Ruang Letak Objek dalam bar sisi.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai kotak semak Ruang Letak Objek, klik Butang Format dalam bar alat.

Ruang letak objek ditambah pada slaid anda; anda boleh mensaiz semulanya dan meletakkannya di mana-mana tempat yang anda mahukan. Hanya satu ruang letak objek boleh ditambah pada slaid induk.