Tukar rupa objek

Anda boleh menukar rupa objek dengan mengubah suai jidar, mengisi warna, bayang dan banyak lagi. Keynote menyediakan banyak gaya objek yang sedia direka bentuk—set warna, jidar dan bayang yang diselaraskan—yang sepadan dengan tema persembahan. Anda boleh menukar rupa objek dengan cepat dengan menggunakan salah satu daripada gaya ini dan anda juga boleh memilih daripada rangkaian pilihan tambahan untuk menyesuaikan rupa objek.

Gunakan gaya pada objek

  1. Pilih objek.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Pilih gaya dari bahagian atas tab.

    Klik anak panah kiri atau kanan untuk melihat lebih banyak gaya.

Tukar kelutsinaran objek

  1. Pilih objek.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Seret gelangsar Kelegapan.

Tambah dan tukar jidar objek

  1. Pilih objek.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jidar, klik menu timbul, kemudian pilih jenis jidar.

  4. Gunakan kawalan untuk melaraskan rupa jidar (pilihan berbeza-beza bergantung pada jenis jidar yang anda pilih).

Isi objek dengan warna

Anda boleh mengisikan bentuk, kotak teks dan objek lain dengan warna padu atau gradien (dua atau lebih warna yang bercampur). Anda boleh memilih warna dan gradien yang direka agar sesuai dengan tema anda atau anda boleh memilih rangkaian penuh warna.

Kawalan untuk mengisikan objek dengan warna
  1. Pilih objek.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Gunakan warna atau gradien yang sesuai dengan tema: Klik perigi warna bersebelahan Isi, kemudian pilih warna atau gradien.

    • Gunakan isian gradien dua warna: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Isian, klik menu timbul dan pilih Isian Gradien, kemudian pilih warna. Bahagian kiri perigi warna menunjukkan warna yang sepadan dengan tema; roda warna membuka tetingkap Warna, yang anda boleh memilih sebarang warna.

    • Gunakan gradien tersuai: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Isian, klik menu timbul dan pilih Isian Gradien Lanjutan, kemudian klik hentian warna di bawah gelangsar untuk memilih warna. Anda boleh luncurkan hentian warna dan menggunakan kawalan lain untuk menukar adunan, sudut dan arah gradien.

Isi objek dengan imej

Anda boleh mengisi bentuk, kotak teks dan objek lain dengan imej.

  1. Pilih objek.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan di sebelah Isian.

  4. Klik menu timbul dan pilih Isian Imej atau Isian Imej Lanjutan jika anda mahu menambah tinta warna pada imej.

  5. Klik Pilih, navigasi ke foto anda, kemudian dwiklik imej untuk menambahnya.

  6. Jika anda memilih isian Imej Lanjutan untuk menambah imej berwarna, klik perigi warna (ke sebelah kanan butang Pilih) untuk memilih tinta warna.

    Seret gelangsar Kelegapan dalam tetingkap Warna untuk menjadikan tinta lebih atau kurang lutsinar.

  7. Untuk menukar cara imej mengisi objek, klik menu timbil di atas butang Pilih, kemudian pilih pilihan:

    • Saiz Asal: Meletakkan imej di dalam objek tanpa mengubah dimensi asal imej.

    • Regang: Mensaizkan imej agar muat pada dimensi objek.

    • Jubin: Mengulangi imej di dalam objek.

    • Skalakan untuk Mengisi: Menjadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal dalam objek.

    • Skalakan agar Muat: Mensaizkan semula imej agar muat pada dimensi objek.

Simpan isian tersuai

Anda boleh menyimpan isian tersuai untuk menggunakannya sekali lagi.

  1. Pilih objek dengan isian yang anda mahu simpan.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik perigi warna di sebelah Isian.

    Tetingkap yang menunjukkan pilihan isian muncul.

  4. Seret isian dalam perigi Isian Semasa ke sebarang perigi lain dalam tetingkap untuk menggantikannya.

    Sesetengah isian tidak dapat digantikan. Untuk menukar isian yang boleh anda gantikan, klik menu timbul Jenis Isian, kemudian pilih pilihan lain. Sebagai contoh, jika anda mahu menyimpan isian gradien, klik menu timbul, pilih Isian Gradien, kemudian seret isian dalam perigi Isian Semasa ke perigi dalam bahagian Isian Gradien.

Tambah bayang

Bentuk, kotak teks dan imej boleh mempunyai bayang atau pantulan.

  1. Pilih bentuk, kotak teks atau imej.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bayangan, klik menu timbul, kemudian pilih jenis bayangan.

    • Bayang Jatuh: Menjadikan objek kelihatan seperti terapung di atas slaid.

    • Bayang Sentuhan: Menjadikan objek kelihatan seperti berdiri di atas slaid.

    • Bayang Melengkung: Menjadikan objek kelihatan seperti pinggirnya digulung.

  4. Laraskan mana-mana daripada berikut untuk menukar rupa bayang:

    • Kabur: Kelembutan pinggir bayang.

    • Ofset: Jarak antara bayang dan objek atau teks.

    • Sudut: Sudut bayang.

    • Perspektif: Sudut sumber cahaya dalam bayang sentuhan.

Untuk menambah bayang pada siri carta, lihat Tukar rupa carta.

Tambah pantulan

  1. Pilih bentuk, kotak teks atau imej.

  2. Klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Pilih kotak semak Pantulan.

  4. Seret gelangsar untuk menjadikan pantulan lebih atau kurang kelihatan.