Laraskan tanda dan label carta

Terdapat beberapa jenis tanda carta dan label paksi yang anda boleh tambah pada carta anda. Anda boleh mengubah suai rupanya untuk menyerlahkan data anda.

Carta dengan label nilai paksi, garis grid, label kategori dan petunjuk

Edit tajuk carta

Carta mempunyai tajuk ruang letak (Tajuk) yang tersembunyi secara lalai. Anda boleh menunjukkan dan menukar tajuk carta.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Carta di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Carta, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Pilih kotak semak Tajuk.

  4. Dwiklik tajuk ruang letak kemudian taipkan tajuk anda sendiri.

  5. Untuk menukar rupa tajuk, seperti fon, saiz dan warnanya, dwiklik tajuk sekali lagi, kemudian gunakan kawalan dalam bahagian Fon Carta pada bar sisi untuk membuat perubahan.

Tambah dan ubah suai label nilai carta

Car bar, lajur, garis, kawasan, gelembung dan pai mempunyai label yang menunjukkan nilai titik data tertentu. Secara lalai, label nilai ini tersembunyi untuk carta baru, tetapi anda boleh membuatkannya kelihatan dan menentukan format (contohnya, nombor, mata wang atau peratusan), menukar fon dan warnanya dan banyak lagi.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Siri di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Siri, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Label Nilai, klik menu timbul, kemudian pilih format nombor.

    Nota: Bergantung pada jenis carta, seksyen ini mungkin mempunyai nama lain. Contohnya, carta gelembung interaktif mempunyai Label Gelembung. Untuk carta serak, anda memilih paksi, kemudian setkan label nilai.

  4. Gunakan kawalan lain untuk membuat pelarasan lanjutan pada label.

    • Tambah akhiran atau awalan. Apa-apa yang anda masukkan akan ditambah di depan atau di hujung label.

    • Klik menu timbul Lokasi, kemudian pilih pilihan untuk menentukan tempat nombor muncul dalam carta.

  5. Untuk menukar fon, warna dan gaya label, klik mana-mana label nilai pada carta.

    Semua label nilai untuk siri tersebut dipilih.

  6. Dalam tab Label Nilai pada bar sisi, gunakan kawalan untuk membuat perubahan.

    Hanya label untuk siri data yang dipilih akan diubah suai. Untuk menukar label untuk siri lain, klik salah satu daripada labelnya, kemudian lakukan perubahan.

    Untuk memilih berbilang siri, pilih satu, kemudian Command-klik yang lain. Untuk memilih semua siri, pilih satu, kemudian tekan Command-A.

Jika anda menukar fon untuk keseluruhan carta, ia juga mengubah fon untuk nilai label.

Tambah dan ubah suai label baji carta pai

  1. Pilih carta.

    Untuk membuat perubahan pada satu baji sahaja, klik padanya.

  2. Klik tab Baji di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Baji, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Label, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tunjukkan label titik data: Pilih kotak semak Nama Titik Data.

    • Tunjukkan nilai data: Pilih kotak semak Nilai.

    • Tukar format nombor: Klik menu timbul Format Data Nilai, kemudian pilih format.

      Jika anda mahukan label nilai sepadan dengan format data asal dalam jadual, pilih Sama seperti Data Sumber.

  4. Gunakan kawalan lain untuk membuat pelarasan lanjutan pada label:

    • Tambah akhiran atau awalan: Apa-apa yang anda masukkan akan ditambah di depan atau di hujung label.

    • Tukar kedudukan label: Seret Jarak dari gelangsar Pusat untuk menentukan tempat nombor muncul.

    • Tukar orientasi baji: Alihkan kawalan Sudut Putaran. Anda mungkin mahu membuat titik, contohnya, dengan menempatkan baji tertentu di bahagian atas atau bawah carta.

Ubah suai label paksi carta

Anda boleh menentukan label yang muncul pada paksi, mengedit namanya dan menukar sudutnya.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Paksi di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau jika ia tidak mempunyai tab Paksi, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Ubah suai penanda pada paksi nilai: Klik butang Nilai (Y) di bahagian atas bar sisi.

    • Ubah suai penanda pada paksi kategori: Klik butang Kategori (Y) di bahagian atas bar sisi.

  4. Gunakan kawalan untuk membuat pelarasan.

    Untuk melihat semua pilihan, klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri tajuk bahagian.

    Kawalan untuk memformatkan tanda paksi carta
  5. Jika anda telah mengaktifkan Nama Paksi dan mahu menukar nama paksi ruang letak, klik tiga kali nama pada carta, kemudian taipkan nama anda sendiri.

Nota: Pilihan paksi Y mungkin berbeza daripada carta serak dan gelembung.

Ubah suai garis grid paksi

Anda boleh menentukan sama ada untuk menunjukkan garis grid carta dan anda boleh mengubah suai rupanya.

  1. Klik mana-mana pada carta untuk memilihnya.

  2. Klik tab Paksi di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang untuk paksi yang anda mahu ubah suai (X atau Y).

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Paksi, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan jenis garis.: Klik menu timbul di bawah Garis Grid Utama atau Garis Grid Kecil, kemudian pilih jenis garis.

    • Setkan warna garis: Dalam bahagian Garis Grid Utama, klik perigi warna atau roda warna, kemudian pilih warna.

    • Setkan tokokan untuk garis grid utama: Dalam bahagian Garis Grid Utama, klik anak panah di sebelah kanan medan tokokan atau taipkan nilai di dalamnya.

    • Tunjukkan tanda semak untuk paksi x atau nilai: Klik menu timbul Tanda Semak, kemudian pilih lokasi.

Tunjukkan atau keluarkan bar ralat

Bar ralat mewakili tanda kecil yang panjangnya menunjukkan amaun ketidakpastian yang dikaitkan dengan siri data yang ditentukan (keberubahan data). Bar ini memberi anda tanggapan am mengenai ketepatan data anda.

  1. Klik mana-mana dalam carta untuk memilihnya.

  2. Klik tab Siri di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Siri, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Bar Ralat, klik menu timbul, kemudian pilih jenis bar ralat.

  4. Klik menu timbul kedua, pilih cara nilai ralat dikira dan tukar julat jika anda mahukannya.

  5. Untuk menukar rupa bar ralat, klik bar ralat agar anda boleh melihat titik putih di kedua-dua hujung dan tab kawalan Bar Ralat yang muncul di bahagian atas bar sisi.

    Semua bar ralat untuk elemen dalam siri yang sama dipilih.

  6. Gunakan kawalan dalam bahagian Gaya Bar dan Bayang untuk membuat perubahan.

    Ulangi langkah 4 dan 5 untuk menukar rupa bar ralat untuk siri lain.

Untuk mengeluarkan bar ralat, pilih Tiada dari menu timbul Bar Ralat.

Tunjukkan atau keluarkan garis aliran

Garis aliran menunjukkan kepada anda arah keseluruhan (atau aliran) data anda. Garis aliran kebanyakannya digunakan untuk membuat keputusan pelaburan kewangan dan muncul dalam carta bar, garis, serak dan gelembung.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Siri di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Siri, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Garis Aliran, klik menu timbul, kemudian pilih jenis garis aliran.

  4. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tunjukkan nama untuk garis aliran: Pilih kotak semak Nama, kemudian taipkan nama dalam medan. Nama yang anda taipkan muncul untuk semua garis aliran pada carta. Untuk menukar nama, dwikliknya pada carta, kemudian taipkan yang baru.

    • Tunjukkan persamaan atau pekali penentuan: Pilih kotak semak Tunjukkan Persamaan atau Pilih Nilai R2.

  5. Untuk menukar rupa garis aliran, klik garis agar anda dapat melihat titik putih di kedua-dua hujung dan kawalan Garis Aliran muncul dalam bar sisi.

    Gunakan kawalan dalam bahagian Goresan dan Bayang untuk membuat perubahan.

Untuk mengeluarkan garis aliran, pilih Tiada dari menu timbul Garis Aliran.

Ubah suai label paksi carta dan garisan grid

Kebanyakan carta mempunyai tanda paksi, yang boleh anda ubah suai melalui beberapa cara. Anda juga boleh menukar label yang muncul pada paksi, sudut label, julat dan kekerapan tanda dan banyak lagi. Anda juga boleh mengesetkan sama ada untuk menunjukkan garis grid carta dan menentukan rupanya.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Paksi di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Paksi, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Ubah suai tanda pada paksi nilai: Klik Nilai (Y) di bahagian atas bar sisi.

    • Ubah suai tanda pada paksi kategori: Klik Kategori (X) di bahagian atas bar sisi.

  4. Gunakan kawalan dalam bar sisi untuk melakukan sebarang pelarasan yang anda mahukan.

    Untuk melihat semua pilihan, klik segi tiga pendedahan di sebelah kiri tajuk bahagian.

    Kawalan untuk memformatkan tanda paksi carta
  5. Jika anda memilih kotak semak Nama Paksi, Keynote menambah nama paksi ruang letak pada carta. Untuk menukarnya, klik tiga kali nama pada carta, kemudian taipkan nama anda sendiri.

Tambah petunjuk carta

  1. Klik mana-mana pada carta untuk memilihnya.

  2. Klik tab Carta di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Dalam bahagian Pilihan Carta, pilih kotak semak Petunjuk.

  4. Klik carta, klik petunjuk (untuk memilih petunjuk sahaja), kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Gunakan tab Gaya di bahagian atas bar sisi, kemudian gunakan kawalan untuk menukar rupa teks petunjuk, tambah isian latar belakang, tambah jidar dan banyak lagi.

    • Seret pemegang di sekeliling petunjuk untuk mensaiz semulanya.

Gunakan carta interaktif

Carta interaktif mempersembahkan data dalam peringkat agar anda boleh menekankan perhubungan antara kumpulan data. Carta interaktif boleh digunakan untuk menunjukkan data seperti jualan oleh kumpulan sepanjang satu tempoh masa, perbelanjaan oleh jabatan dan perubahan populasi mengikut negara dalam setiap benua. Contoh di bawah menunjukkan pertumbuhan tiga spesies semasa tempoh tiga tahun.

Tiga peringkat carta interaktif, setiap satunya menunjukkan set data berlainan

Anda boleh berinteraksi dengan carta menggunakan gelangsar dan butang atau butang sahaja.

  1. Pilih carta.

  2. Klik tab Carta di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Carta, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Carta Interaktif, klik menu timbul, kemudian pilih pilihan:

Anda boleh menambah kesan binaan Magic Chart pada carta interaktif, yang menganimasikan siri data berlainan.