Serlahkan pada slaid semasa anda membuat persembahan

Jika anda menggunakan Kawalan Jauh Keynote untuk mengawal persembahan dari iPad, iPhone atau iPod touch, anda boleh melukis pada peranti anda dan lukisan anda akan muncul pada Mac yang memainkan persembahan anda. Ciri ini berguna, contohnya, jika anda mahu menekankan titik bulet tertentu pada slaid anda–anda boleh membulatkan titik bulet untuk khalayak anda.

Anda boleh melukis dengan salah satu daripada tujuh warna atau gunakan penuding laser.

Mod ilustrasi slaid

Serlahkan pada slaid dari peranti jauh

  1. Sediakan persembahan anda dengan Kawalan Jauh Keynote untuk mempersembahkan tayangan slaid anda.

  2. Ketik Butang kawalan jauh pada peranti yang anda gunakan sebagai kawalan jauh.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Lukis dengan warna: Ketik pen dan lukis pada slaid.

    • Gunakan penuding laser: Ketik penuding laser dan gerakkan jari anda pada slaid; penuding laser mengikuti pergerakan anda.

    • Padam serlahan terakhir: Ketik Butang anak panah membulat. Teruskan mengetik untuk membuat asal semua lukisan anda pada slaid.

    • Kembali ke slaid sebelumnya atau majukan slaid: Ketik anak panah kiri atau kanan pada slaid.

    • Sembunyikan alat melukis: Ketik Selesai.