Setkan pilihan main balik persembahan

Anda boleh mengesetkan persembahan untuk dimainkan apabila ia dibuka, bermain secara berterusan dalam gelung dan dimulakan semula jika ia melahu untuk tempoh masa tertentu.

Memulakan semula persembahan yang melahu secara automatik berguna terutamanya dalam aturan kiosk. Jika persembahan dimainkan dan tiada sebarang interaksi dengan skrin selepas satu tempoh masa, anda boleh mengesetkan agar persembahan kembali ke slaid pertama.

Setkan pilihan main balik

  1. Buka persembahan.

  2. Klik tab Dokumen di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Dokumen, klik Butang Dokumen dalam bar alat.

  3. Pilih sebarang pilihan main balik:

    • Main secara automatik apabila dibuka: Persembahan mula dimainkan apabila anda membukanya.

    • Gelungkan tayangan slaid: Persembahan dimainkan secara berterusan sehingga anda menghentikannya.

    • Mulakan semula tayangan jika melahu selama: Gunakan anak panah untuk mengesetkan panjang masa melahu sebelum persembahan dimulakan semula.

Mulakan semula persembahan yang melahu

Jika persembahan dimainkan dan tiada sebarang interaksi dengan skrin selepas satu tempoh masa, anda boleh mengesetkan agar persembahan kembali ke slaid pertama.

  1. Buka persembahan.

  2. Klik tab Dokumen di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Dokumen, klik Butang Dokumen dalam bar alat.

  3. Pilih kotak semak Mulakan semula persembahan jika melahu selama, kemudian gunakan anak panah untuk mengesetkan tempoh masa melahu sebelum persembahan bermula semula.