Kunci persembahan

Anda boleh mengunci persembahan agar ia tidak boleh diedit, dialihkan, dipadamkan atau dinamakan semula.

Kunci atau buka kunci persembahan

  1. Ketik nama persembahan di bahagian atas tetingkap.

  2. Pilih kotak semak Dikunci untuk menguncinya, atau nyahpilih kotak semak tersebut untuk membuka kunci.

  3. Klik di luar tetingkap untuk menutupnya.

Mengunci persembahan tidak sama dengan melindunginya dengan kata laluan—sesiapa sahaja boleh membuka kunci persembahan.