Tambah transisi antara slaid
Transisi ialah kesan visual yang dimainkan semasa anda beralih dari satu slaid ke slaid seterusnya. Sebagai contoh, transisi Tolak membuatkan slaid kelihatan seperti menolak slaid sebelumnya keluar daripada skrin.
Tambah transisi antara slaid
Pilih slaid dalam penavigasi slaid.
-
Klik butang Tambah Kesan berhampiran bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai butang Tambah Kesan, klik dalam bar alat.
-
Pilih transisi.
Pratoton transisi dimainkan pada slaid.
-
Tentukan pilihan transisi, seperti tempoh dan arah, menggunakan kawalan dalam bar sisi.
Jika anda memilih untuk transisi bermula secara automatik, ia mula dimainkan dengan serta merta selepas anda memajukan slaid.
Untuk mengeluarkan transisi slaid, klik Tukar dalam bar sisi, kemudian pilih Tiada.
Petua: Jika anda mahu menggunakan transisi yang sama pada berbilang slaid, gunakan transisi pada slaid, kemudian duplikasikan slaid tersebut berbilang kali. Apabila anda menambah kandungan pada slaid pendua, transisi akan tersedia.