Gunakan iTunes untuk memindahkan fail
Anda boleh menggunakan iTunes pada komputer anda untuk memindahkan persembahan terus antara iPad, iPhone atau iPod touch anda dan komputer anda. Ini berguna untuk memindahkan persembahan apabila anda tidak menggunakan iCloud.
Pindahkan persembahan dari komputer anda
-
Sambungkan peranti iOS anda ke komputer anda, kemudian buka iTunes dalam komputer anda.
Selepas seketika, peranti iOS anda muncul di sebelah kanan tetingkap iTunes.
Dalam iTunes, pilih peranti iOS anda, kemudian klik Aplikasi dalam bar alat.
-
Skrol ke bahagian bawah tetingkap, kemudian pilih Keynote (di bawah Perkongsian Fail).
Jika anda tidak nampak bahagian Perkongsian Fail, pastikan anda tidak menskrol senarai Aplikasi.
Klik butang Tambah di bawah senarai Dokumen Keynote.
-
Cari dan pilih persembahan, kemudian klik Tambah.
Persembahan muncul dalam senarai Dokumen Keynote dalam iTunes.
Pilih persembahan dalam iTunes, kemudian klik Selaraskan.
Buka Keynote dalam peranti iOS anda.
Dalam pengurus persembahan, ketik , kemudian ketik Salin daripada iTunes.
-
Ketik persembahan.
Apabila pemindahan selesai, persembahan muncul dalam pengurus persembahan.
Anda boleh membuka persembahan yang dicipta menggunakan Microsoft Office dan mengeditnya dalam Keynote. Jika anda tidak boleh membuka persembahan PowerPoint yang disulitkan, cuba tukar jenis penyulitan atau pilihan penyulitan yang digunakan, kemudian simpankan lagi sebelum dibuka dalam Keynote.
Pindahkan persembahan ke komputer anda
-
Buka Keynote pada peranti iOS anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika persembahan terbuka: Ketik (pada iPad, ketik jika persembahan dikongsi dalam iCloud), kemudian ketik Hantar Salinan.
Jika persembahan tertutup: Ketik dalam pengurus persembahan, ketik Hantar Salinan, kemudian ketik persembahan yang ingin anda pindahkan.
Ketik format persembahan yang anda mahu eksport: Keynote, PDF atau PowerPoint.
Ketik iTunes.
-
Sambungkan peranti iOS anda ke komputer anda (atau gunakan Penyelarasan Wi-Fi iTunes) dan buka iTunes pada komputer anda.
Selepas seketika, peranti iOS anda muncul di sebelah kanan bar alat iTunes.
Dalam iTunes pada Mac anda, pilih peranti iOS anda, kemudian klik Aplikasi.
-
Skrol ke bahagian bawah tetingkap, kemudian pilih Keynote (di bawah Perkongsian Fail).
Jika anda tidak nampak bahagian Perkongsian Fail, pastikan anda tidak menskrol senarai Aplikasi.
Pilih persembahan, klik Simpan pada, pilih lokasi, kemudian klik Simpan pada.