Buka persembahan sedia ada

Keynote boleh membuka persembahan yang disimpan dalam iCloud, pada Mac anda, pada pelayan bersambung dan dalam pembekal storan pihak ketiga, seperti DropBox.

Anda boleh menggunakan Keynote untuk membuka dan mengedit persembahan Microsoft PowerPoint (.pptx dan .ppt) dan anda boleh menyimpan persembahan Keynote dalam format lain, seperti PowerPoint, PDF, Keynote ’09 dan banyak lagi.

Buka persembahan sedia ada

Jika anda tidak dapat membuka persembahan Keynote, pastikan anda telah memasang versi terbaru Keynote dari Mac App Store. Jika persembahan dimalapkan dan tidak dapat dipilih, ia tidak akan dapat dibuka oleh Keynote.

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Dwiklik persembahan Keynote pada Mac anda.

  • Seret persembahan ke ikon Keynote dalam Dock atau dalam folder Aplikasi.

  • Dalam Keynote, pilih Fail > Buka Terbaru (dari menu Fail di bahagian atas skrin anda). Keynote menunjukkan sehingga sepuluh persembahan terakhir yang telah anda buka—sama ada dalam iCloud atau pada Mac anda.

  • Dalam Keynote, pilih Fail > Buka, pilih persembahan dalam tetingkap yang terbuka, kemudian klik Buka.

    Anda boleh menggunakan bar sisi di sebelah kiri dialog Buka untuk mencari persembahan dalam folder dan di tempat selain daripada Mac anda. Gunakan butang di bahagian atas untuk menukar paparan anda.

    Tetingkap Terbuka

Jika akaun iCloud anda digunakan oleh komputer dan peranti iOS lain yang belum dinaik taraf kepada iCloud Drive, penyelarasan tidak akan berfungsi dalam semua keadaan. Lihat Artikel Sokongan Apple ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.