Gunakan Handoff dengan Keynote
Apabila Mac dan peranti iOS anda berhampiran satu sama lain, anda boleh menggunakan Handoff untuk menghantar persembahan yang anda usahakan dari satu peranti ke yang lain. Contohnya, jika anda mengusahakan persembahan Keynote pada iPhone anda dan berada berhampiran Mac anda, anda boleh memilih persembahan pada Mac anda dan menghabiskannya di situ.
Handoff memerlukan:
OS X Yosemite pada Mac
iOS 8 pada peranti iOS
Akaun iCloud dan Apple ID yang sama pada kedua-dua sistem
Bluetooth 4 (Bluetooth LE) pada kedua-dua sistem
Apabila Handoff disediakan, anda boleh melihat ikon Handoff dalam Dock pada Mac anda atau di penjuru kiri bawah skrin kunci peranti anda. Anda menyediakan Handoff dalam Keutamaan Sistem pada Mac dan dalam Seting pada peranti iOS anda.
Untuk arahan mengenai menyediakan dan menggunakan Handoff, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan Mac, dan cari “Handoff”.