Zum slaid atau lihat Keynote dalam skrin penuh

Anda boleh zum masuk atau keluar pada slaid dan melihat Keynote dalam skrin penuh.

Zum masuk atau keluar pada slaid

Anda boleh memperbesarkan (zum masuk) atau mengurangkan (zum keluar) pandangan keseluruhan slaid. Contohnya, zum masuk untuk memfokus pada sel dalam jadual atau zum keluar untuk mengusahakan tataletak slaid anda.

  • Klik Butang zum dalam bar alat dan pilih pilihan:

    • Peratusan: Slaid diperbesarkan atau dikurangkan kepada peratusan tertentu.

    • Muat dalam Tetingkap: Slaid dilaraskan agar mengisi tetingkap.

Lihat Keynote dalam skrin penuh

Anda boleh mengembangkan tetingkap Keynote agar mengisi keseluruhan skrin.

  1. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Klik butang hijau di penjuru kiri atas tetingkap Keynote.

    • Pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh (dari bar menu di bahagian atas skrin anda).

  2. Gerakkan penuding ke bahagian atas skrin jika anda perlu menggunakan menu Keynote atau kawalan bar menu lain.

  3. Untuk kembali kepada paparan biasa, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin, kemudian klik butang hijau atau pilih Paparan > Keluar Skrin Penuh.