Langkau slaid
Jika anda tidak mahu slaid dimainkan semasa persembahan, anda boleh melangkaunya. Melangkau adalah berguna, contohnya, jika anda mahu mengekalkan dua versi slaid tetapi anda hanya mahu menunjukkan salah satu daripadanya.
Slaid yang dilangkau dapat diedit dan muncul sebagai bar mendatar dalam penavigasi slaid. Anda boleh memilih dan berinteraksi dengannya sama seperti dengan slaid lain.
Langkau slaid
-
Pilih slaid dalam penavigasi slaid, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Slaid > Langkau Slaid (dari menu Slaid di bahagian atas skrin anda).
Control-klik slaid dalam penavigasi slaid, kemudian pilih Langkau Slaid.
Untuk membuatkan slaid yang dilangkau kelihatan dalam persembahan anda, pilihnya slaid, kemudian pilih Slaid > Jangan Langkau Slaid atau Control-klik slaid dalam penavigasi slaid, kemudian pilih Jangan Langkau Slaid.