Tambah slaid
Apabila anda menambah slaid, anda memilih antara tataletak slaid berlainan berdasarkan pada tema persembahan anda.
Tambah slaid
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Klik dalam bar alat, kemudian pilihan tataletak slaid.
Pilih slaid dalam penavigasi slaid, kemudian tekan Return atau option-click dalam bar alat untuk mencipta slaid lain dengan tataletak yang sama.
Ubah tataletak slaid
Jika anda menambah slaid pada persembahan anda tetapi mahu mencuba tataletak lain, anda boleh menukar tataletaknya dengan cepat.
Pilih slaid dalam penavigasi slaid.
-
Klik butang Tukar Induk berhampiran bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Tukar Induk, klik dalam bar alat.
Pilih tataletak slaid untuk menggunakannya.
Anda juga boleh menambah item Induk pada bar alat untuk menukar tataletak slaid dengan cepat. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Sesuaikan bar alat.
Tukar warna latar belakang slaid
Pilih slaid dalam penavigasi slaid.
-
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Latar Belakang dalam bar sisi.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai segi tiga pendedahan bersebelahan Latar Belakang, klik dalam bar alat.
-
Klik menu timbul, kemudian pilih jenis isian.
Petua: Pilih Isian Warna untuk satu warna.
Pilihan isian latar belakang slaid adalah serupa dengan isian bentuk. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isian, lihat Tukar rupa objek.
Gantikan teks ruang letak
Dwiklik teks ruang letak dan taip teks anda sendiri.
Gantikan imej ruang letak
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret imej daripada Finder ke atas imej ruang letak.
Klik di penjuru kanan bawah pada imej ruang letak, kemudian pilih imej daripada pustaka iPhoto, Aperture atau Photo Booth.
Padam slaid
-
Pilih slaid dalam penavigasi slaid, kemudian tekan Padam.
Shift-klik untuk memilih berbilang slaid untuk dipadamkan.