Tambah tema tersuai
Jika anda mencipta persembahan yang anda mahu gunakan sekali lagi sebagai model untuk persembahan lain, anda boleh menyimpannya sebagai tema. Mencipta tema anda sendiri adalah semudah menambah logo syarikat anda pada tema sedia ada atau anda boleh mereka bentuk tema yang baru sepenuhnya.
Anda boleh menambah tema tersuai anda pada pemilih tema atau menyimpannya sebagai fail untuk dikongsi dengan orang lain atau untuk memasang dan menggunakannya pada peranti iOS anda. Untuk memasang tema tersuai pada peranti iOS anda, simpan tema anda di iCloud, iTunes atau pelayan WebDAV terlebih dahulu atau hantarkannya sebagai lampiran e-mel.
Simpan persembahan sebagai tema
Pilih Edit > Simpan Tema (dari menu Fail di bahagian atas skrin anda).
-
Klik pilihan:
Tambah pemilih tema: Taipkan nama untuk tema, kemudian tekan Return. Tema anda muncul dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema.
-
Simpan: Taipkan nama untuk tema, kemudian pilih tempat yang anda mahu menyimpannya.
Jika anda menyimpannya di iCloud, pada kali seterusnya anda membuka Keynote pada peranti iOS anda, tema tersebut muncul sebagai fail boleh dimuat turun dalam pengurus persembahan.
Pasang tema pada Mac anda
Jika anda menyimpan tema tersuai atau jika seseorang menghantar tema anda, anda perlu memasangnya agar anda boleh menggunakannya dalam Keynote. Memasang tema menambahnya pada Pemilih Tema. Langkau tugas ini jika anda memilih Tambah pada Pemilih Tema apabila anda menyimpan tema tersuai.
-
Dwiklik fail tema (jika sambungan fail ialah ".kth"), kemudian klik Tambah pada Pemilih Tema.
Anda boleh setkan Keynote untuk sentiasa membuka persembahan baru daripada tema yang sama berbanding pemilih tema. Pilih Keynote > Keutamaan (dari menu Keynote di bahagian atas skrin anda). Dalam anak tetingkap Umum, pilih “Gunakan tema,” kemudian klik Tukar Tema bagi memilih tema.
Pasang tema pada peranti iOS anda
Pada peranti iOS anda, lakukan perkara berikut untuk memasang tema dari sumber ini:
-
iCloud: Jika Keynote disediakan untuk menggunakan iCloud pada peranti anda, tema anda muncul dalam pengurus persembahan dan dikenal pasti oleh lencana tema. Ketik imej kecil tema, kemudian ketik Pasang.
Nota: Jika anda menaik taraf akaun anda kepada iCloud Drive, penyelarasan mungkin tidak berfungsi dalam semua kes, bergantung pada versi OS X dan iOS yang telah anda pasang. Lihat Artikel Sokongan Apple ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
AirDrop: Leret ke atas dari bawah skrin untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian ketik AirDrop. Ketik pilihan penemuan dan apabila mesej AirDrop muncul, ketik Tambah.
E-mel: Dalam Mail, ketik lampiran, kemudian ketik skrin. Ketik di bahagian atas skrin, ketik Buka dalam Keynote, kemudian ketik Tambah.
Pelayan WebDAV: Muat turun tema daripada pelayan, kemudian ketik skrin. Ketik di bahagian atas skrin, ketik Buka dalam Keynote, kemudian ketik Tambah.
Tema muncul dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema.
Untuk mengetahui cara menggunakan pelayan WebDAV dengan peranti iOS anda, lihat Gunakan pelayan WebDAV untuk menyimpan persembahan. Untuk mengetahui cara memindahkan fail menggunakan iTunes, lihat Gunakan iTunes untuk memindahkan fail.
Namakan semula dan padamkan tema tersuai
Dalam pemilih tema, Control-klik nama tema, kemudian pilih Nama Semula atau Padam.
-
Jika anda menamakan semula, taipkan nama baru, kemudian tekan Return.
Tema tersuai sentiasa muncul dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema, dalam urutan yang ia ditambah. Anda tidak dapat menyusun semulanya.
Edit tema
Anda tidak boleh mengedit tema selepas anda menyimpannya. Walau bagaimanapun, anda boleh mencipta tema baru berdasarkan pada tema lama.
Anda perlu memasang tema tersuai terlebih dahulu agar tema tersebut muncul dalam pemilih tema (lihat arahan di atas).
Pilih Fail > Baru, kemudian dwiklik tema yang anda mahu edit. Tema tersuai berada dalam kategori Tema Saya dalam pemilih tema.
Buat perubahan anda, kemudian simpan persembahan sebagai tema baru.
Anda boleh memadamkan tema lama selepas anda mencipta tema baru.