Formatkan teks bahasa Cina, Jepun atau Korea

Anda boleh memasukkan teks dalam banyak bahasa berlainan, termasuk beberapa sistem penulisan berlainan untuk bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan papan kekunci antarabangsa yang tersedia pada Mac anda. Keynote menyediakan beberapa ciri pemformatan teks khusus bahasa, termasuk gaya penekanan, gaya senarai dan panduan fonetik. Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada bahasa yang anda gunakan.

Untuk hasil terbaik, gunakan fon yang disyorkan ini:

  • Bahasa Cina Mudah: Heiti SC

  • Bahasa Cina Tradisional: Heiti TC

  • Bahasa Korea AppleSDGothic Neo

  • Bahasa Jepun: Hiragino Kaku Gothic untuk fon sans serif atau Hiragino Mincho untuk serif

Arahan ini menganggap yang anda sudah mendayakan sekurang-kurangnya satu daripada papan kekunci bahasa Cina, Jepun, atau Korea dalam Mac anda. Untuk mendayakan papan kekunci antarabangsa, buka Keutamaan Sistem dan klik Papan Kekunci, kemudian klik Sumber Input.

Tambah tanda penekanan Bahasa Cina, Jepun atau Korea

Anda boleh tambah tanda penekanan yang biasa digunakan dalam teks bahasa Cina, Jepun, atau Korea. Sebagai contoh, dengan menggunakan papan kekunci bahasa Cina, anda boleh menggunakan titik Boten di bawah atau di atas teks, atau garis bawah beralun. Dengan teks Bahasa Jepun anda boleh menambah titik biasa atau titik bijan

  1. Tukar papan kekunci anda ke papan kekunci Bahasa Cina, Jepun, dan Korea.

  2. Pilih teks Cina, Jepun atau Korea (satu atau lebih aksara), klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Untuk menggunakan tanda pemformatan pada teks yang dipiih, klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang.

    Pilihan pemformatan yang tersedia bergantung pada papan kekunci semasa.

Gunakan gaya senarai Bahasa Cina, Jepun atau Korea

Gaya senarai Bahasa Cina, Jepun, dan Korea boleh digunakan untuk menulis dalam sebarang bahasa. Hanya gaya bulet atau sistem penomboran sahaja yang berubah.

  1. Untuk senarai dengan teks Inggeris, taipkan item pertama dalam senarai (contohnya, 1 atau A).

    Untuk senarai dengan teks Cina, Jepun, atau Korea, tukar papan kekunci anda kepada bahasa yang anda inginkan, kemudian taipkan item pertama dalam senarai (contohnya, 가).

  2. Masukkan noktah atau kurungan diikuti dengan ruang.

  3. Masukkan item senarai pertama, kemudian klik Return.

    Keynote mengesan secara automatik bahawa anda sedang menaip senarai. Anda boleh terus menggunakan papan kekunci Cina, Jepun atau Korea untuk menyelesaikan senarai anda.

  4. Jika anda memasukkan senarai dengan teks Bahasa Inggeris, namun gaya senarai Cina, Jepun atau Korea, klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi, kemudian klik gaya senarai.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

    Gaya yang dipersembahkan bergantung pada papan kekunci yang didayakan.

Sediakan panduan fonetik bersama-sama teks

Jika anda telah mendayakan papan kekunci Bahasa Cina, Jepun atau Korea untuk peranti Mac atau iOS anda, anda boleh menggunakan panduan fonetik pada perkataan yang ditulis dalam sebarang bahasa walaupun anda tidak menggunakan sebarang papan kekunci.

  1. Pilih teks, termasuk satu atau lebih aksara.

    Jangan masukkan semua pemisah perenggan atau tanda baca yang mengekor dalam teks yang anda pilih.

  2. Control-klik teks yang dipilih, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.

    Anda boleh memilih Format > Teks Panduan Fonetik (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda).

    Panduan fonetik akan muncul dengan teks yang dipilih.

    Panduan fonetik dibuka untuk perkataan, dengan petak bual ke medan teks dan teks cadangan
  3. Untuk menukar teks panduan fonetik, pilih salah satu pilihan.

    Pilihan fonetik bergantung pada papan kekunci yang didayakan.

  4. Klik mana-mana di luar tetingkap Teks Panduan Fonetik untuk menggunakan teks yang anda pilih dan tutup tetingkap.

Tukar atau keluarkan teks panduan fonetik

Selepas anda menambah panduan teks fonetik, anda boleh mengubah bahasanya atau mengeluarkannya.

  1. Klik perkataan dengan teks panduan fonetik, kemudian pilih Teks Panduan Fonetik daripada menu pintasan.

    Anda juga boleh memilih perkataan, kemudian pilih Format > Teks Panduan Fonetik (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).

    Panduan fonetik dibuka untuk perkataan, dengan petak bual ke medan teks dan teks cadangan
  2. Masukkan teks yang anda mahu gunakan atau pilih salah satu pilihan.

    Pilihan fonetik bergantung pada papan kekunci yang didayakan.

  3. Untuk mengeluarkan teks panduan, klik Keluarkan.

Anda juga boleh mendwiklik teks, kemudian editnya; teks panduan fonetik dikeluarkan secara automatik.