Gunakan teks dwiarah

Keynote menyokong teks dwiarah, maka anda boleh memasukkan dan edit teks yang ditulis daripada kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau China) dan dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani). Anda boleh menggunakan teks dwiarah dalam perenggan dan dalam bentuk atau sel jadual yang dipilih.

Untuk menggunakan bahasa lain dalam persembahan anda, anda mesti menyediakan sumber input untuknya dalam keutamaan Papan Kekunci (dalam Keutamaan Sistem pada Mac anda). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan Mac dan cari “sumber input.”

Nota: Jika anda menambah sumber input baru pada komputer anda semasa Keynote terbuka, buka semula Keynote agar ia mengenali sumber tersebut.

Gunakan bahasa lain dalam Keynote

  • Pilih sumber input daripada menu Input di sebelah kanan bar menu komputer anda.

    Menu Input di penjuru kanan atas pada bar menu.

Tukar arah teks perenggan

Pembaris dan hentian tabnya sentiasa sepadan dengan arah perenggan, maka apabila anda menukar arah teks, pembaris turut berubah.

  1. Klik dalam perenggan atau senarai atau pilih teks dalam perenggan atau senarai.

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tukar bahasa menggunakan menu Input.

    • Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik Butang arah perenggan untuk memasukkan teks dalam bahasa semasa. Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

    Titik pemasukan bergerak ke sisi satu lagi dan arah perenggan berubah.

    Butang dwiarah
  3. Masukkan teks, kemudian tekan Return di hujung perenggan.

    Perenggan seterusnya diteruskan dalam arah yang sama. Untuk menukar arahnya, klik Butang arah perenggan atau pilih bahasa dalam menu input.

Jika anda memilih berbilang perenggan dengan arah teks berlainan, kemudian mengklik Butang arah perenggan, perenggan akan diformatkan agar sepadan dengan perenggan pertama dalam pilihan.

Perubahan pada margin dan inden digunakan secara perkadaran pada kedua-dua arah teks. Sebagai contoh, jika anda meningkatkan inden baris pertama di sebelah kanan untuk perenggan kanan ke kiri, inden baris pertama di sebelah kiri turut berubah untuk perenggan kiri ke kanan.

Untuk mengetahui cara untuk menaip dan mengedit teks dwiarah dan bagi menggunakan beberapa ciri sokongan dalam OS X, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, kemudian pilih Bantuan > Bantuan Mac dari cari “teks dwiarah.”