Jajarkan teks dan laraskan jarak
Anda boleh melaraskan teks dalam kotak teks, bentuk, sel jadual, baris atau lajur agar teks tersebut dijajarkan ke jidar kiri atau kanan, dipusatkan atau dijajarkan di sebelah kiri dan kanan (dijajarkan). Anda juga boleh menukar penjajaran menegak, melaraskan jarak baris, mengesetkan margin teks dan menukar bilangan lajur dalam bentuk atau kotak teks.
Anda boleh menggunakan hentian tab untuk menjajarkan teks. Apabila anda menekan kekunci Tab (atau Option-Tab semasa anda bekerja dalam sel jadual), titik pemasukan dan sebarang teks di sebelah kanannya beralih ke hentian tab seterusnya dan teks yang anda masukkan bermula pada titik tersebut.
Jajarkan teks
Pilih kotak teks, bentuk dengan teks, sel jadual, baris atau lajur.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
-
Klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi, kemudian klik butang penjajaran yang anda mahu.
Laraskan jarak baris
Anda boleh melaraskan jarak antara baris teks dalam perenggan dan menukar jumlah jarak sebelum atau selepas perenggan.
Pilih kotak teks atau hanya teks yang anda mahu tukar.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
-
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Jarak, klik menu timbul, kemudian pilih pilihan:
Baris: Pilih apabila jarak antara penaik (bahagian huruf yang berlanjutan ke bahagian atas baris) dan penurun (bahagian huruf yang berlanjutan ke bawah garis) harus kekal sama. Jarak antara baris berkadaran dengan saiz fon.
Sekurang-kurangnya: Pilih bila jarak antara garis mesti kekal tetap (tetapi tidak bertindan jika teks menjadi besar). Jarak dari satu baris ke baris seterusnya tidak akan menjadi kurang daripada nilai yang anda setkan, tetapi ia mungkin lebih besar untuk fon yang lebih besar bagi mengelakkan garis teks bertindan.
Tepat: Jarak antara garis dasar.
Antara: Nilai yang anda setkan meningkatkan jarak antara baris, daripada meningkatkan tinggi baris. Secara kontras, dwijarak menggandakan tinggi setiap baris.
Klik anak panah bersebelahan medan ruang untuk mengesetkan amaun ruang untuk pilihan yang anda pilih.
Untuk melaraskan amaun ruang sebelum dan selepas perenggan yang dipilih, klik anak panah untuk Sebelum Perenggan dan Selepas Perenggan.
Setkan margin perenggan
Untuk mengesetkan margin perenggan, pembaris mesti dipaparkan. Jika anda tidak nampak pembaris, klik dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Pembaris.
Klik dalam perenggan atau pilih satu atau lebih perenggan.
Seret penanda inden margin dan perenggan (di pembaris atas) ke tempat anda mahukannya.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
-
Untuk menggunakan inden lalai, yang meningkatkan atau mengurangkan inden keseluruhan perenggan, klik salah satu butang inden dalam bahagian Penjajaran.
Untuk menukar inden perenggan lalai, klik butang Tataletak berhampiran bahagian atas bar sisi, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Inden.
Tukar bilangan lajur teks
Anda boleh menukar bilangan lajur dalam bentuk atau kotak teks.
Pilih bentuk atau kotak teks.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
-
Klik Tataletak, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Lajur.
Setkan hentian tab
Klik atau pilih perenggan di mana anda ingin setkan hentian tab.
-
Klik pembaris mendatar di tempat yang anda mahu letakkan hentian tab.
Jika anda tidak nampak pembaris, klik dalam bar alat, kemudian pilih Tunjukkan Pembaris.
Untuk menukar penjajaran hentian tab, Control-klik ikon hentian tab, kemudian pilih penjajaran yang anda mahukan (Tab Kiri, Tab Tengah, Tab Kanan atau Tab Desimal).
-
Untuk menukar kedudukan hentian tab, seret ikonnya sepanjang pembaris.
Untuk mengeluarkan hentian tab, seret ikon hentian tab ke bawah pembaris sehingga ia hilang.
Anda boleh menggunakan kawalan dalam tab Tataletak pada bar sisi untuk menukar seting tab lain, termasuk jarak tab lalai: