Laraskan jarak dan pemformatan aksara

Anda boleh melaraskan jarak antara aksara dan menjadikan teks superskrip atau subskrip.

Lebarkan atau sempitkan jarak antara aksara

  1. Pilih kotak teks atau hanya teks yang anda mahu tukar.

  2. Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.

  4. Dalam bahagian Fon, klik Butang pilihan lanjutan, kemudian gunakan anak panah untuk menukar nilai Jarak Aksara.

    Kotak semak Pilihan Lanjutan, bersebelahan butang Tebal, Italik dan Garis Bawah

    Jarak lalai ialah sifar. Meningkatkan nilai melebarkan jarak dan mengurangkan nilai kan menyempitkannya.

Jika anda hanya memilih teks tertentu: Seting anda digunakan pada semua teks dalam kotak teks dan juga sebarang teks yang anda masukkan dalam kotak teks selepas anda menggunakan perubahan.

Jika anda memilih kotak teks: Seting anda hanya memberi kesan pada teks yang dipilih, maka sebarang teks baru yang anda masukkan tidak akan mempunyai jarak yang sama.

Aktifkan atau nyahaktifkan ligatur untuk teks yang dipilih

Sesetengah fon termasuk ligatur, sambungan hiasan dua aksara untuk membentuk aksara tipografi tunggal. Anda boleh menggunakan ligatur jika fon yang anda gunakan menyokongnya.

Teks dengan atau tanpa ligatur.
  1. Pilih teks yang anda mahu tukar atau pilih kotak teks jika anda mahu menukar semua teks yang terkandung dalamnya.

  2. Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang Gaya.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Dalam pilihan fon, klik Butang pilihan lanjutan, klik menu timbul Ligatur, kemudian pilih item:

    Kotak semak Pilihan Lanjutan, bersebelahan butang Tebal, Italik dan Garis Bawah
    • Gunakan Lalai: Gunakan seting ligatur yang ditentukan dalam tetingkap Tipografi untuk fon yang anda gunakan.

      Untuk membuka tetingkap Tipografi, pilih Format > Fon > Tunjukkan Fon (daripada tetingkap Format di bahagian atas skrin anda).

    • Jangan Gunakan Apa-Apa: Menggunakan jarak biasa tanpa ligatur untuk fon.

    • Gunakan Semua: Menggunakan semua ligatur yang tersedia untuk fon.

Untuk mengeluarkan ligatur dari teks yang dipilih, klik menu timbul Ligatur, kemudian pilih Jangan Gunakan Apa-Apa.

Jadikan aksara superskrip atau subskrip

Anda boleh melaraskan garis dasar aksara untuk menjadikan superskrip atau subskrip. Simbol tanda dagangan ialah superskrip kerana ia dinaikkan di atas istilah bertanda dagangan. Dalam formula kimia, nombor atom adalah subskrip kerana ia diturunkan ke bawah simbol atom

  1. Pilih teks yang anda mahu jadikan superskrip atau subskrip.

  2. Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.

  4. Dalam pilihan Fon, klik Butang pilihan lanjutan, klik menu timbul Garis Dasar, kemudian pilih Superskrip atau Subskrip:

    Kotak semak Pilihan Lanjutan, bersebelahan butang Tebal, Italik dan Garis Bawah
  5. Untuk melaraskan peletakan, gunakan anak panah untuk menukar nilai Anjakan Garis Dasar.