Setkan kotak teks lalai untuk persembahan

Anda boleh mengesetkan fon, isian warna anda sendiri dan elemen lain untuk kotak teks, kemudian jadikannya lalai untuk persembahan.

  1. Tambah kotak teks pada persembahan anda dan tukarnya mengikut keinginan anda.

    Anda boleh menukar fon dan saiz fon, menambah jidar pada kotak dan seterusnya.

  2. Pilih kotak teks.

  3. Pilih Format > Lanjutan > Setkan Sebagai Rupa Lalai Kotak Teks (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).

Anda boleh menukar lalai pada bila-bila masa anda mahukan dan ia tidak akan mempengaruhi kotak teks yang telah ada dalam persembahan.

Jika anda mahu menggunakan perubahan reka bentuk yang sama pada kotak teks lain yang telah wujud dalam slaid, anda boleh menyimpan gaya kotak teks lalai sebagai gaya objek, kemudian menggunakan gaya objek pada kotak teks lain.