Gambaran keseluruhan objek
Objek ialah sebarang item yang anda letakkan pada slaid. Foto, bentuk, carta dan kotak teks ialah contoh objek Anda boleh menukar rupa objek menggunakan alat yang tersedia dengan mengklik dalam bar alat.
Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri, yang unik kepada sifat dan ciri-ciri objek tersebut. Contohnya, garis mempunyai titik tamat, maka apabila garis dipilih, Keynote akan memaparkan kawalan untuk menukar rupa titik tamat tersebut.
Tambah objek
-
Klik jenis objek dalam bar alat untuk menambah jadual, carta, teks, bentuk atau media (foto, audio dan video).
Klik anak panah untuk melihat lebih banyak gaya objek atau skrol untuk melihat lagi foto, audio dan video.
Klik objek untuk menambahnya, kemudian seretnya ke tempat anda ingin letaknya pada slaid.
-
Untuk menukar rupa objek, pilihnya, klik tab Gaya di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian gunakan kawalan untuk membuat perubahan. Anda boleh melakukan mana-mana daripada yang berikut:
Klik imej kecil gaya untuk menggunakan gaya yang sedia direka bentuk yang sepadan dengan tema anda.
Klik perigi bersebelahan ciri untuk melihat pilihan bagi menukar rupa ciri dengan segera.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Isi, Jidar atau Bayang, kemudian gunakan kawalan untuk menyesuaikan penampilan elemen ini mengikut keinginan anda.
Tambah pantulan pada objek dan laraskan kelegapan objek (kelutsinaran).
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Gaya, klik dalam bar alat.
Untuk menukar rupa jadual atau carta, gunakan tab Jadual untuk Jadual atau tab Carta untuk Carta.