Tambah dan edit imej

Anda boleh menambah foto dan grafik dari pustaka iPhoto, Aperture atau Photo Booth anda atau menyeretnya dari tapak web atau dari Finder. Anda boleh memangkas imej dengan menopeng keluar bahagian yang anda tidak mahukan dan membuat pelarasan pada latar belakang serta pendedahannya.

Tambah imej

Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Seret imej dari komputer anda atau halaman web ke imej ruang letak atau mana-mana pada slaid.

  • Klik Butang ruang letak di penjuru kanan bawah imej ruang letak, kemudian pilih imej yang anda mahu tambah.

  • Klik Media Butang media dalam bar alat, kemudian pilih imej daripada pustaka iPhoto, Aperture atau Photo Booth anda.

  • Pilih Masukkan > Pilih (dari menu Masukkan di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih imej.

Apabila anda menggantikan ruang letak imej dengan imej anda sendiri, imej baru tidak lagi menjadi ruang letak. Jika anda cuba menambah imej lain di atas imej yang anda tambah, imej akan bertindan. Jika anda mahu menggunakan imej lain selain daripada yang anda tambah, tekan Command-Z untuk mengeluarkan imej dan memulihkan ruang letak, kemudian tambah imej baru.

Jika anda tidak boleh menggantikan imej pada templat, imej mungkin telah dikunci. Untuk membolehkannya diedit, pilih imej, klik tab Susun di bahagian atas bar sisi, kemudian klik Nyahkunci. (Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Susun, klik Butang Format dalam bar alat.)

Cipta ruang letak imej

Anda boleh menambah ruang letak imej pada persembahan yang anda kerap kemas kini.

  1. Tambah imej pada persembahan, kemudian formatkannya mengikut cara anda mahukan imej muncul dalam persembahan.

    Anda boleh menambah topeng, menambah jidar, memusingnya, menukar saiznya dan banyak lagi.

  2. Pilih imej, kemudian pilih Format > Lanjutan > Tentukan Sebagai Ruang Letak Media (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).

Topeng (pangkas) foto

Anda boleh menyembunyikan bahagian imej yang tidak diinginkan tanpa mengubahsuai imej itu sendiri.

  1. Dwiklik imej.

  2. Gunakan kawalan yang muncul untuk menukar bahagian imej yang kelihatan:

    Kawalan topeng atas foto
  3. Klik Selesai.

Untuk mereset topeng (agar ia kembali kepada saiz asalnya), dwiklik imej untuk mendedahkan kawalan pemangkasan. Atau, anda boleh memilih imej, klik tab Imej di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik Edit Topeng. (Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Imej, klik Butang Format dalam bar alat.)

Keluarkan latar belakang dan elemen lain daripada foto

Gunakan alat Alfa Segera untuk membuatkan sebahagian imej lutsinar. Ciri ini berguna untuk mengeluarkan latar belakang atau warna yang tidak diingini.

  1. Pilih imej.

  2. Klik tab Imej di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Imej, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik Alfa Segera.

  4. Pada imej, klik warna yang anda mahu keluarkan, kemudian seret perlahan-lahan ke atasnya.

    Semasa anda menyeret, pilihan membesar untuk merangkumi kawasan yang menggunakan warna yang serupa. Klik dan seret berbilang kali untuk mengeluarkan berbilang warna.

    • Keluarkan semua tika warna (walaupun dalam bahagian lain pada foto): Tahan kekunci Option semasa anda menyeret.

    • Tambah warna kembali ke imej: Tahan kekunci Shift semasa anda menyeret.

  5. Ketik Selesai atau ketik Reset untuk mengembalikan imej kepada keadaan asalnya.

Laraskan pendedahan, ketepuan dan seting imej lain

  1. Pilih imej.

  2. Klik tab Imej di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Imej, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Gunakan kawalan untuk membuat pelarasan.

    • Pendedahan: Menukar kecerahan atau kegelapan keseluruhan imej.

    • Ketepuan: Menukar kekayaan warna dalam imej. Menyeret ke kanan membuatkan warna lebih kaya atau lebih terang.

    • Tingkatkan Laraskan imej secara automatik dengan menyebarkan ton merah, hijau dan biru secara sekata merentas histogram.

  4. Untuk melihat histogram imej dan laraskan lebih banyak ciri lanjutan seperti paras, gama, suhu dan tinta, klik Butang Imej Lanjutan.

    Tetingkap laraskan imej yang menunjukkan histogram

Untuk memulihkan seting asal, klik Reset Imej.

Petua: Anda boleh menambah butang ini pada bar alat: Laraskan Imej, Alfa Segera dan Topeng. Anda juga boleh membuka kawalan Laraskan Imej dalam tetingkap berasingan yang boleh anda gerakkan ke mana-mana sahaja. Pilih Paparan > Tunjukkan Imej Pelarasan (dari menu Paparan di bahagian atas skrin anda).

Lihat juga