Tambah video dan audio
Anda boleh menambah video atau audio—fail muzik, senarai main daripada pustaka iTunes anda atau klip bunyi—ke slaid atau anda boleh menambah lagu tema yang dimainkan untuk keseluruhan persembahan.
Nota: Fail audio dan video mesti dalam format yang disokong oleh QuickTime pada Mac atau peranti anda. Jika anda tidak boleh menambah atau memainkan fail audio atau fail video, cuba gunakan iMovie, Pemain QuickTime atau Compressor untuk menukar fail kepada fail QuickTime, dalam format audio MPEG-4 atau format video H.264.
Tambah video dan audio
Apabila anda menambah fail video atau audio pada slaid, video atau audio hanya dimainkan apabila slaid tersebut dipaparkan dalam persembahan anda.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret fail media dari komputer anda ke mana-mana tempat pada slaid atau ke ruang letak media.
Klik Media dalam bar alat, pilih Foto, Muzik atau Filem, kemudian pilih fail.
Laraskan main balik media
Anda boleh menentukan sama ada gelung media anda ada dalam persembahan anda dan setkan bila media ada mula dimainkan.
Pilih fail audio atau video pada slaid.
-
Klik tab Audio atau Filem di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Audio atau Filem, klik dalam bar alat.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Pangkas foto atau video: Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Edit Audio atau Edit Filem, kemudian seret gelangsar Pangkas untuk menukar panjang audio atau video.
Setkan main balik: Klik menu timbul Ulang dan pilih pilihan. Pilih Gelung agar media dimainkan sehingga anda melanjutkan slaid. Pilih Gelung Ke Depan dan Belakang agar ia dimainkan ke depan dan kemudian diundurkan.
Setkan bila media mula dimainkan: Pilih kotak semak “Mula [media] semasa diklik” untuk memulakan main balik apabila anda mengklik. Jika anda mahukan media dimainkan secara automatik apabila slaid muncul, nyahpilih kotak semak.
Laraskan kelantangan main balik: Seret gelangsar kelantangan.
Optimumkan filem untuk iOS
Anda boleh mengesetkan keutamaan dalam Keynote bagi menukar filem secara automatik dalam persembahan anda kepada H.264 (720 p) agar ia dapat dimainkan pada peranti iOS.
Pilih Keynote > Keutamaan (dari menu Keynote di bahagian atas skrin anda).
Klik Umum di bahagian atas tetingkap keutamaan, kemudian pilih kotak semak bersebelahan “Optimumkan filem untuk iOS”.
Tambah lagu tema pada persembahan
Apabila anda menambah lagu tema pada persembahan anda, audio mula dimainkan apabila persembahan bermula. Jika terdapat slaid yang telah mempunyai audio atau video, lagu tema turut dimainkan pada slaid tersebut.
Fail ditambah sebagai lagu tema sentiasa dimainkan dari awal.
-
Klik tab Audio di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Audio, klik dalam bar alat.
Klik , kemudian pilih lagu atau senarai main.
-
Klik menu timbul lagu tema, kemudian pilih pilihan:
Tidak aktif: Lagu tema tidak dimainkan.
Mainkan Sekali: Lagu tema dimainkan menerusi persembahan dan tidak berulang jika persembahan lebih panjang daripada lagu tema.
Gelung: Lagu tema berulang sehingga persembahan tamat.
Jika anda mahu memainkan persembahan anda pada komputer atau peranti lain, pilih Keynote > Keutamaan (dari menu Keynote di bahagian atas skrin anda), klik Umum, kemudian pilih “Salin audio dan filem ke dalam dokumen.” Melakukan sedemikian memastikan lagu tema tersedia pada bila-bila masa anda memainkannya.
Sesetengah fail media dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Sesetengah media yang dimuat turun hanya boleh dimainkan pada peranti yang digunakan untuk memuat turunnya. Muzik yang dilindungi DRM (pengurusan hak digital) tidak boleh ditambah pada lagu tema persembahan. Pastikan bahawa komputer yang anda gunakan mempunyai keizinan untuk memainkan semua fail media yang disertakan dalam persembahan anda.
Anda juga boleh merekodkan pengisahan untuk persembahan anda bagi membuat persembahan yang berjalan sendiri untuk contohnya, kiosk.