Alihkan, saiz semula dan pusing carta
Anda boleh memanipulasikan carta dalam persembahan anda agar ia kelihatan seperti yang anda inginkan.
Alihkan carta
-
Klik mana-mana dalam carta untuk memilihnya, kemudian seret carta ke tempat yang anda mahukannya dalam slaid (jangan seret pemegang pilihan).
Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada slaid.
Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Pilih Keynote > Keutamaan (dari menu Keynote di bahagian atas skrin anda). Klik Pembaris, kemudian pilih panduan yang anda mahu muncul.
Saiz semula carta
-
Pilih carta, kemudian klik tab Susun di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau jika ia tidak mempunyai tab Susun, klik dalam bar alat.
Taipkan nilai dalam medan Lebar Tinggi dalam bahagian Saiz atau klik anak panah bersebelahan medan untuk mengesetkan dimensi khusus.
Anda juga boleh memilih carta, kemudian seret mana-mana pemegang pilihan (segi empat putih) pada jidar carta untuk menjadikan carta lebih besar atau lebih kecil.
Pusing carta 3D
Anda boleh memusing carta 3D untuk melaraskan sudut dan orientasinya.
Pilih carta 3D.
Seret kawalan putaran pada carta untuk memutar carta sehingga ia dalam orientasi yang anda mahukan.