Tukar carta daripada satu jenis kepada yang lain
Anda boleh menukar jenis carta—contohnya daripada carta lajur kepada carta bar atau daripada carta 2D kepada carta 3D.
Tukar jenis carta
Pilih carta.
-
Klik tab Carta di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Carta, klik dalam bar alat.
Klik menu timbul Jenis Carta di bahagian bawah bar sisi, kemudian pilih pilihan.
Jika anda tidak dapat mengedit carta, ia mungkin telah dikunci. Buka kuncinya untuk membuat perubahan.