Ubah suai rujukan data carta
Anda boleh mengubah suai rujukan data carta dalam editor data carta. Anda hanya boleh menambah nombor, tarikh atau tempoh dalam sel data.
Tambah, padamkan atau edit siri data
-
Pilih carta, klik Edit Data Carta, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah siri data: Klik sel dalam lajur atau baris baru, kemudian masukkan data anda.
Padamkan siri data: Klik bar berwarna untuk baris atau lajur yang anda mahu padamkan, klik anak panah yang muncul, kemudian klik Padam Lajur atau Padam Baris (bergantung pada sama ada anda memplotkan baris atau lajur sebagai siri data).
Susun semula siri data: Seret bar berwarna untuk menyusun semula siri data carta.
Tambah simbol mata wang atau pemformatan lain: Klik tab Siri di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian gunakan kawalan dalam tab Siri.
Edit label nilai dan formatkan nombor: Klik tab Siri di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Label Nilai, kemudian pilih kotak semak Nilai. Klik menu timbul untuk memilih paksi yang anda mahu formatkan, kemudian gunakan kawalan dalam bahagian Format Data Nilai untuk membuat seting anda.
Tutup tetingkap Data Carta untuk kembali ke carta.
Tukar baris dan lajur sebagai siri data:
Apabila anda menambah carta, Keynote menentukan siri data lalai untuknya. Dalam kebanyakan kes, jika jadual berbentuk segi empat sama atau jika ia lebih lebar berbanding tingginya, baris jadual akan menjadi siri lalai. Jika tidak, lajur akan menjadi siri lalai. Anda boleh menukar sama ada baris atau lajur menjadi siri data.
Pilih carta, kemudian klik Edit Data Carta.
-
Klik butang baris atau lajur di penjuru kanan atas editor Data Carta.
Tutup editor Data Carta apabila anda selesai.
Kongsi paksi x untuk berbilang nilai sepanjang paksi y untuk carta serak dan gelembung
Berkongsi paksi x bermakna memplotkan satu jenis nilai sepanjang paksi x, sambil membenarkan berbilang jenis nilai diplotkan sepanjang paksi y. Secara lalai, nilai paksi x dikongsi antara berbilang set nilai paksi y dalam sesetengah jenis carta.
Pilih carta, kemudian klik Edit Data Carta.
Klik , kemudian pilih (atau nyahpilih) Kongsi Nilai X.
Tutup editor Data Carta apabila anda selesai.