Formatkan jadual untuk teks dwiarah
Keynote menyokong teks dwiarah, maka anda boleh memasukkan dan edit teks yang ditulis daripada kiri ke kanan (seperti bahasa Inggeris atau China) dan dari kanan ke kiri (seperti dalam bahasa Arab atau Ibrani) dalam persembahan yang sama. Anda juga boleh menggunakan teks dwiarah dalam sel jadual dan anda boleh menterbalikkan arah jadual untuk menyesuaikan bagi bahasa berlainan.
Untuk maklumat mengenai menggunakan bahasa lain pada komputer anda dan maklumat lanjut mengenai cara untuk menggunakan teks dwiarah, lihat Gunakan teks dwiarah.
Arah teks dalam sel jadual adalah berdasarkan arah sel kiri atas dalam jadual kiri ke kanan atau sel kanan atas dalam jadual kanan ke kiri. Jika sel kosong, arahnya adalah berdasarkan pada papan kekunci semasa (disetkan dalam menu Input).
Tukar arah teks dalam jadual
Pilih sel.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
Klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.
-
Klik .
Terbalikkan arah jadual
Anda boleh menukar arah teks dalam sel individu atau anda boleh menterbalikkan format jadual agar baris pengepala, susunan lajur dan arah teks diterbalikkan.
-
Pilih jadual, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Format > Jadual > Terbalikkan Arah Jadual (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).
-
Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian klik butang Arah Jadual di bahagian bawah bar sisi.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik dalam bar alat.
Apabila anda menterbalikkan susunan jadual, penjajaran sel dipengaruhi seperti berikut:
Sel teks yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) menukar penjajaran teksnya.
Sel nombor yang disetkan kepada jajar auto (seting lalai) tidak menukar penjajaran nombornya. (Nombor sentiasa dijajarkan automatik kepada jajar kanan.)
Jika penjajaran sel telah disetkan secara khusus kepada penjajaran kanan, kiri atau pusat, ia mengekalkan penjajaran tersebut.
Jika penjajaran sel adalah diwajarkan, jurang untuk garis separa berubah daripada berada di kanan kepada berada di kiri.