Formatkan sel untuk memaparkan jenis data yang berbeza

Anda boleh memformatkan sel jadual untuk memaparkan teks, nombor, mata wang, peratusan, tarikh dan masa dan tempoh yang menunjukkan jangka masa (contohnya, “3 minggu 4 hari 2 jam”). Format sel menentukan cara data dalam sel muncul dan cara data dikenali mengikut fungsi yang merujuk pada sel tersebut.

Anda juga boleh memilih bilangan titik perpuluhan untuk muncul dalam sel yang mengandungi nombor, unit mata wang atau nilai peratus, walaupun nilai tepat yang dimasukkan ke dalam sel adalah lebih jitu daripada apa yang anda mahu tunjukkan. Nilai sebenar yang dimasukkan sentiasa digunakan dalam pengiraan, tidak kira bilangan tempat perpuluhan yang muncul dalam sel. Apabila formula merujuk pada teks dalam sel, nilai yang dipaparkan digunakan dalam pengiraan.

Anda boleh menukar format sel walaupun anda sudah menaip kandungan dalam sel.

Nombor

Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai nombor memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan ke dalamnya. Tetapi, anda juga boleh mengubahnya supaya semua sel itu diformatkan sebagai nombor akan memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.

Perubahan pada seting perpuluhan digunakan pada nombor dan juga peratusan. Contohnya, jika anda mengubah sel yang mengandungi nombor kepada peratusan, bilangan tempat perpuluhan yang dipaparkan tidak berubah.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih pilihan:

    • Nombor: Memaparkan pemformatan nombor standard.

    • Pecahan: Memaparkan nombor dengan pengangka dan penyebut. Klik menu timbul Ketepatan dan pilih pilihan untuk menentukan bilangan digit maksimum yang anda mahu dipaparkan atau untuk membundarkan nilai kepada separuh, suku terdekat dan seterusnya.

    • Saintifik: Memaparkan nombor dalam notasi saintifik. Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan atau pilih Auto untuk memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan.

  4. Anda boleh melaraskan pemformatan nombor melalui cara berikut:

    • Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai anda ialah “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada sifar, Keynote memaparkan “6.”

    • Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.

    • Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.

    • Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.

Mata wang (unit nilai kewangan)

Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai mata wang memaparkan dua tempat perpuluhan. Anda boleh mengubah seting ini supaya sel memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taip dalamnya atau agar semua sel memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Mata Wang.

  4. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai anda ialah “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada sifar, Keynote memaparkan “6.”

    • Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.

    • Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.

    • Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.

    • Gunakan nombor negatif bergaya akaun: Pilih kotak semak Gaya Perakaunan untuk memaparkan nilai negatif dalam tanda kurung.

  5. Klik menu timbul Mata Wang, kemudian pilih simbol mata wang, seperti Dolar AS ($).

Peratusan

Secara lalai, sel yang diformatkan sebagai peratusan memaparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan ke dalamnya. Anda boleh menukar seting ini agar semua sel memaparkan bilangan tempat perpuluhan yang sama.

Perubahan pada seting perpuluhan digunakan pada peratusan dan juga nombor dalam julat sel yang dipilih. Contohnya, jika anda menukar format sel daripada peratusan kepada perpuluhan, bilangan tempat perpuluhan yang dipaparkan tidak berubah.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Peratusan.

  4. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Setkan bilangan tempat perpuluhan: Dalam medan Perpuluhan, taipkan bilangan tempat perpuluhan yang anda mahu dipaparkan. Keynote akan membundarkan nilai paparan berbanding memangkas nilai paparan. Sebagai contoh, jika nilai anda ialah “5.75” dan anda mengesetkan bilangan tempat perpuluhan kepada sifar, Keynote memaparkan “6.”

    • Paparkan sebanyak mungkin tempat perpuluhan yang anda taipkan dalam setiap sel: Padamkan nombor dalam medan Perpuluhan atau klik anak panah bawah Perpuluhan sehingga anda mencapai seting Auto.

    • Tentukan cara nilai negatif dipaparkan: Klik menu timbul di sebelah kanan medan Desimal, kemudian pilih pilihan.

    • Tunjukkan pemisah ribu: Pilih kotak semak Pemisah Ribu.

Jika anda memformatkan sel yang sudah mengandungi peratusan, nilai dianggap perpuluhan dan ia ditukarkan kepada peratusan. Contohnya, 3 menjadi 300%.

Jika nilai peratusan digunakan dalam formula, versi nombor perpuluhannya akan digunakan. Sebagai contoh, nilai yang dipaparkan sebagai 3% digunakan sebagai 0.03 dalam formula.

Tarikh dan masa

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Tarikh & Masa.

  4. Klik menu timbul Format Tarikh, kemudian pilih format.

    Sekiranya anda memilih Tiada, tiada tarikh dipaparkan dalam sel, walaupun tarikh dimasukkan dan digunakan dalam pengiraan tarikh dan masa.

  5. Klik menu timbul Masa, kemudian pilih format.

    Sekiranya anda memilih Tiada, tiada masa dipaparkan dalam sel, walaupun masa dimasukkan dan digunakan dalam pengiraan tarikh dan masa.

Jika anda tidak memasukkan tarikh dan masa, Keynote menambah nilai lalai untuk anda. Contohnya, jika anda menaip, “1:15 PM,” Keynote menambah tarikh hari ini secara lalai.

Tempoh (unit masa)

Secara lalai, sel yang mengandungi data tempoh diformatkan secara automatik untuk memaparkan semua unit masa yang anda masukkan. Anda boleh mengubah seting ini supaya sel tempoh memaparkan hanya unit masa yang tertentu (contohnya, hanya jam, bukan minit, saat atau milisaat), walaupun nilai tempoh yang lebih tepat telah dimasukkan ke dalam sel dan digunakan dalam formula yang membuat pengiraan berdasarkan unit masa.

  1. Pilih sel atau julat sel.

  2. Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Format Data, kemudian pilih Tempoh.

  4. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tunjukkan atau sembunyikan label unit masa: Klik Unit Automatik, klik menu timbul Gaya, kemudian pilih pilihan:

      • 0: Menyembunyikan semua label unit masa.

      • 0m: Memaparkan label unit masa sebagai singkatan—contohnya, "m" untuk minit.

      • 0 minggu: Memaparkan label unit masa yang dieja penuh.

    • Tetapkan semua sel tempoh untuk memaparkan unit yang sama: Klik Unit Tersuai, kemudian klik unit di hujung kanan atau kiri pemilih julat tempoh untuk merangkumi tempoh masa yang anda mahu gunakan, daripada minggu (mg) kepada milisaat (ms).

Jika anda menukar format selepas anda memasukkan data dalam sel, data dilaraskan secara automatik ke format tempoh baru yang anda telah setkan.

Formatkan sel secara automatik

Secara lalai, Keynote memformatkan sel jadual secara automatik.

Jika anda menukar format data untuk sel, anda sentiasa boleh bertukar kembali kepada format automatik.

  • Pilih sel atau julat sel, kemudian dalam tab Sel pada bar sisi Format, klik menu timbul Format Data dan pilih Automatik.