Saiz semula, alihkan dan kunci jadual
Apabila anda mengklik jadual, kawalan muncul di sekelilingnya agar anda boleh memilih, mengalihkan dan mensaiz semulanya.
Pilih jadual
Klik jadual, kemudian klik di penjuru kiri atasnya.
Tiga pemegang pilihan (segi empat putih kecil) muncul di pinggir jadual apabila ia dipilih.
Saiz semula jadual
Mensaiz semula jadual menjadikan jadual lebih besar atau lebih kecil; ia tidak menukar bilangan baris dan lajur yang terkandung dalamnya.
Pilih jadual.
-
Seret sebarang pemegang pilihan (segi empat putih) pada pinggir jadual untuk menjadikan jadual lebih besar atau kecil:
Saiz semula baris dan lajur dengan serentak: Seret segi empat putih dalam penjuru.
Saiz semula jadual secara berkadaran: Shift-seret segi empat putih di penjuru.
Alihkan jadual
Klik jadual.
Seret di penjuru kiri atas untuk mengalihkan jadual ke tempat anda mahukan.
Kunci atau buka kunci jadual
Anda boleh mengunci jadual agar ia tidak boleh diedit, dialihkan atau dipadamkan.
-
Pilih jadual, kemudian dalam tab Susun di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, klik Kunci.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Susun, klik dalam bar alat.
Untuk membuka kunci jadual, klik padanya, kemudian klik Buka Kunci dalam bar sisi.