Tambah atau padamkan jadual

Apabila anda menambah jadual, anda boleh memilih daripada sebilangan gaya yang telah direka bentuk agar sepadan dengan tema anda. Selepas anda menambah jadual, anda boleh menyesuaikan rupanya.

Tambah jadual baru

  1. Klik Butang jadual dalam bar alat, kemudian pilihan tataletak jadual.

    Klik anak panah kiri dan kanan untuk melihat lebih banyak pilihan gaya.

  2. Untuk menaip dalam sel, klik sel, kemudian masukkan kandungan anda.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Alihkan jadual: Klik padanya, kemudian seret Pemegang jadual di penjuru kiri atas untuk mengalihkan jadual ke tempat yang anda mahukannya pada slaid.

    • Taip dalam sel: Klik sel, kemudian masukkan kandungan anda.

    • Tukar rupa jadual atau selnya: Gunakan kawalan dalam bar sisi di sebelah kanan.

Untuk menukar rupa jadual atau selnya, gunakan kawalan dalam bar sisi di sebelah kanan. Jika anda tidak nampak bar sisi, klik Butang Format dalam bar alat.

Padamkan jadual

  • Klik jadual, klik Pemegang jadual di penjuru kiri atasnya untuk memilih seluruh jadual, kemudian tekan Padam.

Tunjukkan, sembunyikan atau tukar nama jadual

Jadual mempunyai nama ruang letak, seperti "Jadual 1", yang boleh anda tunjukkan, edit atau sembunyikan. Setiap jadual mesti mempunyai nama unik dalam persembahan.

  • Tunjukkan atau sembunyikan nama jadual: Control-klik bar di sebelah kiri baris 1, kemudian pilih Tunjukkan Nama Jadual atau Sembunyikan Nama Jadual.

    Anda juga boleh memilih atau menyahpilih kotak semak Nama Jadual dalam tab Jadual pada bar sisi. (Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik Butang Format dalam bar alat.)

  • Tukar nama: Klik tiga kali nama pada slaid, kemudian taipkan nama baru.

  • Kurung nama jadual dalam jidar: Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan, kemudian Pilih kotak semak "Garis kasar nama jadual."

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik Butang Format dalam bar alat.