Tambah dan susun semula baris dan lajur

Terdapat tiga jenis baris dan lajur dalam jadual:

  • Baris dan lajur Pengepala ialah pilihan dan digunakan untuk label yang mengenal pasti kandungan setiap baris dan lajur. Data dalam sel pengepala tidak digunakan dalam formula. Jadual boleh mengandungi sehingga lima baris pengepala dan lima lajur pengepala.

  • Baris dan lajur isi mengandungi data jadual. Jadual mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu baris dan lajur isi.

  • Baris pengaki muncul di bahagian bawah jadual.

Tambah atau keluarkan lajur dan baris

Klik jadual, kemudian lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tambah atau keluarkan lajur pada sebelah kanan jadual: Klik Pemegang lajur, kemudian klik anak panah untuk meningkatkan atau mengurangkan bilangan lajur.

  • Tambah baris di bahagian bawah jadual: Klik Pemegang baris, kemudian klik anak panah untuk meningkatkan atau mengurangkan bilangan baris.

  • Tambah lajur atau baris di mana-mana dalam jadual: Control-klik sel, kemudian pilih tempat anda mahu menambah baris atau lajur (di atas, bawah, sebelum dan selepas sel yang dipilih).

    Anda juga boleh menggerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf untuk baris atau lajur bersebelahan tempat yang anda mahu tambah, klik anak panah bawah, kemudian pilih tempat untuk meletakkan baris atau lajur.

  • Padamkan lajur di mana-mana dalam jadual: Klik bar berhuruf untuk lajur yang anda mahu padamkan, klik anak panah bawah, kemudian pilih Padam Lajur.

    Anda juga boleh menggerakkan penuding ke atas bar bernombor atau berhuruf untuk baris atau lajur yang anda mahu padam, klik anak panah bawah, kemudian pilih Padam Baris atau Padam Lajur.

Pilih baris dan lajur

  1. Klik jadual.

    Bar berhuruf muncul di atas lajur dan bar bernombor muncul di sebelah kiri baris.

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pilih baris atau lajur tunggal: Klik bar untuk baris atau lajur yang anda mahu pilih.

    • Pilih berbilang baris atau lajur: Klik bar untuk baris atau lajur, kemudian seret pemegang pilihan (titik putih) untuk merangkumi baris atau lajur yang anda mahukan.

      Command-klik baris atau bar lajur untuk memilih baris atau lajur tidak bersebelahan.

Alihkan baris dan lajur dalam jadual

  • Pilih satu atau lebih baris atau lajur, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Alihkan baris: Klik dan tahan bar bernombor untuk baris agar ia kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke atas atau ke bawah baris lain.

    • Alihkan lajur: Klik dan tahan bar berhuruf untuk lajur agar ia kelihatan terangkat daripada jadual, kemudian seret ke kanan atau kiri lajur lain.

Jika anda menyeret baris atau lajur ke luar jadual sedia ada, anda akan mencipta jadual baru.

Saiz semula baris atau lajur

Anda boleh menukar lebar lajur tertentu dan tinggi baris tertentu dalam jadual.

  1. Klik jadual.

  2. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Saiz semula secara manual: Gerakkan penuding anda ke atas pinggir kanan bar berhuruf untuk lajur yang anda mahu mensaiz semula, atau ke atas bahagian bawah bar bernombor untuk baris, sehingga anda melihat Pemegang saiz semua lajur, kemudian seret untuk mensaiz semula.

      Berbilang lajur dan baris disaiz semula secara berkadaran antara satu sama lain. Untuk mensaiz semula baris atau lajur kepada saiz yang sama, pilihnya terlebih dahulu dengan Option-seret.

      Jika jadual kelihatan pada halaman disetkan untuk Kekal pada Halaman (dalam tab Susun di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan), panduan penjajaran muncul apabila baris atau lajur jadual sejajar.

    • Saiz semula secara tepat: Klik sel dalam baris atau lajur yang anda mahu tukar. Dalam bar sisi di sebelah kanan, klik tab Jadual, kemudian klik segi tiga pendedahan bersebelahan Saiz Baris & Lajur. Klik anak panah untuk menentukan saiz yang anda mahukan.

      Keseluruhan baris atau lajur disaiz semula. Memilih sel dari lebih daripada satu baris atau lajur akan mensaiz semula semua baris atau lajur yang terkandung dalam pilihan.

    • Kecilkan lajur atau baris agar muat pada kandungannya: Control-klik nombor baris atau huruf lajur, kemudian pilih Muat Tinggi pada Kandungan atau Muat Lebar pada Kandungan.

      Anda juga boleh mengklik Muat dalam tab Jadual pada bar sisi Format, dalam bahagian Saiz Baris & Lajur.

    • Jadikan tinggi semua baris sama atau lebar semua lajur sama: Pilih jadual, kemudian pilih Format > Jadual  > Sebarkan Baris Secara Sekata atau Jadual  > Sebarkan Lajur Secara Sekata (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).

    • Jadikan beberapa baris kepada tinggi yang sama atau beberapa lajur kepada lebar yang sama: Pilih baris atau lajur, kemudian Command-klik baris atau lajur yang lain. Pilih Format > Jadual  > Sebarkan Baris Secara Sekata atau Jadual  > Sebarkan Lajur Secara Sekata (dari menu Format di bahagian atas skrin anda).

Untuk mensaiz semula semua baris atau lajur dalam jadual, pilih jadual, kemudian seret pemegang pilihan (segi empat putih).

Tambah atau keluarkan baris dan lajur pengepala

Menambah baris pengepala, lajur pengepala dan baris pengaki akan menukar baris atau lajur sedia ada menjadi pengepala atau pengaki. Contohnya, jika anda mempunyai data dalam baris pertama jadual dan anda menambah baris pengepala, baris pertama ditukarkan kepada pengepala menggunakan data yang sama. Data dalam sel pengepala tidak termasuk dalam carta atau formula.

  1. Klik jadual.

  2. Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.

    Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik Butang Format dalam bar alat.

  3. Klik menu timbul Pengepala & Pengaki dan pilih bilangan baris pengepala atau baris lajur yang anda mahukan.