Tukar rupa jadual
Anda boleh menukar rupa jadual dengan menggunakan gaya jadual yang berlainan padanya dan dengan menukar garis kasar jadual, menunjukkan atau menyembunyikan garis grid dan menggunakan warna baris alternatif.
Gunakan gaya berlainan pada jadual
Cara termudah untuk menukar rupa jadual ialah dengan menggunakan gaya jadual lain padanya. Anda boleh menggunakan gaya berlainan pada jadual pada bila-bila masa.
Klik jadual.
-
Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi di sebelah kanan atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik dalam bar alat.
-
Pilih gaya berlainan dari pilihan di bahagian atas tab.
Klik anak panah di sebelah kiri dan kanan untuk melihat lebih banyak gaya.
Jika anda membuat perubahan pada rupa jadual anda sebelum menggunakan gaya jadual lain, gaya jadual baru mengekalkan perubahan tersebut. Untuk menggantikan perubahan tersebut apabila anda menggunakan gaya baru, Control-klik gaya jadual, kemudian pilih “Kosongkan Penggantian dan Gunakan Gaya.”
Tukar kembali perubahan pada gaya jadual
Jika anda membuat perubahan pada rupa jadual—contohnya, menukar jidar sel jadual—anda boleh menukar kembali perubahan tersebut kepada gaya jadual asal.
Klik mana-mana dalam jadual.
-
Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi di sebelah kanan atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik dalam bar alat.
Control-klik gaya jadual yang anda mahu gunakan semula, kemudian pilih “Kosongkan Penggantian dan Gunakan Gaya.”
Tukar garis kasar dan garis grid jadual
Klik jadual.
-
Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi di sebelah kanan atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik dalam bar alat.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tukar garis kasar: Tukar jenis, ketebalan dan warna garis dengan menggunakan kawalan Garis Kasar Jadual.
Tukar garis grid: Klik butang Garis Grid untuk menambah atau mengeluarkan garis grid daripada kandungan jadual, daripada baris dan lajur pengepala dan daripada baris pengaki.
Tukar jidar dan latar belakang sel jadual
Anda boleh menukar jidar dan latar belakang sebarang pilihan sel jadual.
-
Pilih sel yang anda mahu tukar.
Untuk menukar semua sel dalam jadual, pilih jadual.
-
Klik tab Sel di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi di sebelah kanan atau bar sisi tidak mempunyai tab Sel, klik dalam bar alat.
-
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
-
Tukar jidar sel: Dalam bahagian Jidar, klik salah satu butang di bawah Jidar untuk memilih jidar sel yang anda mahu formatkan, kemudian klik menu timbul Gaya Jidar dan pilih gaya jidar.
Untuk mencipta jidar sel tersuai, klik pilihan tataletak jidar dalam bahagian Jidar, kemudian gunakan kawalan untuk menentukan gaya, warna dan ketebalan tersuai.
-
Tukar latar belakang: Dalam bahagian Isian, klik perigi warna, kemudian pilih pilihan warna. Untuk menyesuaikan latar belakang, klik segi tiga pendedahan bersebelahan Isian, kemudian gunakan kawalan untuk membuat perubahan lanjutan.
-
Anda juga boleh mencipta peraturan untuk menukar rupa sel secara automatik apabila nilai dalam sel memenuhi syarat tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah penyerlahan bersyarat pada sel.
Warna baris selang seli
Klik jadual.
-
Klik tab Jadual di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi di sebelah kanan atau bar sisi tidak mempunyai tab Jadual, klik dalam bar alat.
Pilih kotak semak Warna Baris Selang Seli, kemudian klik perigi warna untuk memilih warna.
Baris warna tidak berselang seli untuk lajur pengepala. Lajur pengepala mempunyai penampilannya sendiri berdasarkan pada gaya jadual yang anda pilih.