Tukar rupa teks jadual
Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.
Tukar rupa semua teks jadual
Anda boleh mengesetkan fon untuk keseluruhan jadual.
Pilih jadual.
-
Klik tab Teks di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
Klik menu timbul di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih gaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan gaya teks, lihat Gunakan gaya perenggan.
Tukar rupa teks dalam sel yang dipilih
Anda boleh menukar fon, warna, saiz dan atribut lain bagi teks dalam sel jadual.
-
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
-
Dalam tab Teks pada bar sisi Format, klik menu timbul di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih gaya perenggan atau gunakan kawalan dalam bahagian Fon.
Untuk maklumat lanjut mengenai gaya teks, pergi ke Gunakan gaya perenggan.
Nota: Untuk menggunakan gaya aksara, pilih teks yang anda mahu tukar. Kawalan gaya aksara tidak didayakan jika hanya sel yang dipilih.
Balut atau nyahbalut teks dalam jadual
Jika sel tidak cukup lebar untuk memaparkan teks pada satu baris, anda boleh membalut teks agar ia muncul pada berbilang baris dalam sel.
Balut teks dalam sel: Control-klik sel, kemudian pilih Balut Teks. Tanda semak muncul bersebelahan "Balut Teks" apabila ia dipilih.
-
Balut teks untuk baris atau lajur: Pilih baris atau lajur. Dalam bar sisi di sebelah kanan, klik tab Teks di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih kotak semak "Balut teks dalam sel".
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Teks, klik dalam bar alat.
Balut semua teks dalam jadual: Pilih jadual. Dalam bar sisi di sebelah kanan, klik tab Teks, kemudian pilih kotak semak "Balut teks dalam sel".