Berlatih persembahan anda
Apabila anda memainkan persembahan dalam mod Berlatih Tayangan Slaid, anda boleh melihat slaid semasa, nota penyampai anda dan jam pada skrin Mac anda. Paparan ini memudahkan anda berlatih persembahan.
Anda boleh menambah item, seperti pemasa dan slaid seterusnya dan anda boleh mengubah suai tataletaknya.
Berlatih dengan paparan penyampai
-
Buka persembahan, kemudian pilih Main > Berlatih Tayangan Slaid (dari menu Main di bahagian atas skrin anda).
Paparan penyampai muncul.
-
Untuk maju menerusi persembahan, lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kanan.
Undur satu slaid atau reset binaan pada slaid: Tekan kekunci Anak Panah Kiri.
Lompat ke slaid berlainan: Tekan sebarang nombor untuk membuatkan penavigasi slaid muncul, masukkan nombor slaid, kemudian tekan Return.
Untuk berhenti berlatih, tekan Esc.
Anda boleh mengklik untuk menyesuaikan paparan penyampai dengan item berlainan dan tataletak berlainan.