Bertukar kepada persembahan pautan sahaja atau dimainkan sendiri
Secara lalai, persembahan anda disetkan untuk maju apabila anda mengklik slaid. Anda boleh mengesetkan agar persembahan maju apabila anda mengklik pautan atau agar maju secara automatik tanpa interaksi pengguna.
Anda juga boleh mengesetkan persembahan anda agar mula dimainkan secara automatik apabila fail Keynote dibuka.
Tukar cara persembahan dimainkan
-
Klik tab Dokumen di bahagian atas bar sisi di sebelah kanan.
Jika anda tidak nampak bar sisi atau bar sisi tidak mempunyai tab Dokumen, klik dalam bar alat.
-
Klik menu timbul Jenis Persembahan, kemudian pilih pilihan:
Biasa: Maju apabila anda mengklik atau mengetik slaid.
Pautan sahaja: Menukar slaid hanya apabila persembahan (atau pemapar) mengklik atau mengetik pautan.
Main Sendiri: Maju secara automatik, seperti muzik, tanpa sebarang interaksi. Persembahan Main sendiri berguna, contohnya, dalam seting kiosk.