Mainkan persembahan anda
Mainkan persembahan
Pilih slaid yang anda ingin bermula dengan, kemudian klik Main dalam bar alat.
-
Untuk maju menerusi persembahan, lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kanan.
Undur satu slaid atau reset binaan pada slaid: Tekan kekunci Anak Panah Kiri.
Lompat ke slaid berlainan: Taipkan sebarang nombor untuk membuatkan penavigasi slaid muncul, masukkan nombor slaid, kemudian tekan Return. Klik mana-mana pada slaid atau klik butang tutup di penjuru kiri atas.
Untuk menamakan persembahan, tekan kekunci Esc pada bila-bila masa.