Cari persembahan

Jika anda tidak pasti tempat anda menyimpan persembahan, berikut ialah beberapa cara pantas untuk mencarinya.

Cari persembahan dalam iCloud atau pada Mac anda

  • Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Jika anda telah membuka fail baru-baru ini: Buka Keynote, pilih Fail > Buka Terbaru (dari menu Fail di bahagian atas skrin anda), kemudian pilih persembahan. Keynote menunjukkan sepuluh persembahan terakhir yang anda buka.

    • Jika anda tahu tajuk persembahan: Buka Keynote, pilih Fail > Buka, kemudian masukkan semua atau sebahagian tajuk dalam medan carian. Untuk memperincikan carian,klik menu timbul di bahagian atas dialog Buka dan pilih tempat anda mahu mencari atau klik folder utama atau folder persembahan anda dalam baris sisi di sebelah kiri. Apabila anda menemui persembahan, dwiklik padanya untuk membukanya.

      Petua: Untuk melihat tempat fail disimpan pada Mac anda, pilih persembahan; laluan fail ke lokasinya dipaparkan di bahagian bawah hasil carian.

    • Jika anda tidak tahu tajuk atau anda mahu mencari lampiran e-mel dan kandungan persembahan: Klik ikon Spotlight dalam bar menu di penjuru kanan atas skrin anda (ia kelihatan seperti kaca pembesar), kemudian masukkan satu atau lebih perkataan dari tajuk atau dari kandungan persembahan. Dalam hasil carian, klik item untuk melihat pratontonnya. Untuk membuka persembahan, dwiklik padanya. Untuk melihat tempat persembahan berada pada komputer anda, Command-click pada persembahan.