Simpan persembahan dalam pakej atau format fail tunggal

Secara lalai, Keynote menyimpan persembahan anda sebagai fail tunggal. Jika persembahan anda sangat besar atau mempunyai banyak filem atau fail imej, anda boleh menyimpannya sebagai fail pakej.

Anda boleh menukar fail pakej kepada format fail tunggal untuk meningkatkan prestasi Keynote. Sesetengah perkhidmatan web atau e-mel tidak membenarkan anda memuat naik atau melampirkan fail pakej.

  • Pilih Fail > Lanjutan > Tukar Jenis Fail > Pakej (atau Fail Tunggal).

Lihat Artikel Sokongan Apple ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.